Thursday, March 3, 2011

Perlu ke bayar saman lapuk ni??

Kat sekolah tadi, tiba-tiba je tergerak hati nak check saman melalui SMS.. itu pun sebab tengok Cikgu Yana dah check saman untuk kereta dia.. Ikutkan hati, Siti malas nak check sebab Siti ni kan pemandu yang berhemah, comfirm takde saman... (dgn nada berlagaknye...)

Tapi.. kereta Siti tu bukan Siti sorang je yang guna, kadang-kadang ada juga bagi pinjam kat En. Tunang dan adik-beradik yang lain.. hm... check jela... caj SMS 20sen je pun...

Then, Siti pun mula la menaip mesej:

POLIS SAMAN BGQ****
send terus ke no 15888

Menanti dengan penuh debaran...

seminit... takde...
dua minit... takde jugak...

Ohhhh... takde saman kot... (getus hati.. )

Tiba-tiba!!

RM0.20 POLIS: BGQ****
Terdapat 1 saman berjumlah RM50 sehingga 03/03/11
Saman terperinci taip POLIS SAMAN [no ic/no kend] [emel] & SMS ke 15888

Lohhhh... ade gak saman rupenye.... Tapi bila Siti tengok emel semakan saman yang dihantar:

POLIS: BGQ**** Saman 1 24/05/2006 04:30:00 PM SHAH ALAM LKM TAMAT TEMPOH RM 50
Hm.. Shah Alam tahun 2006? Kalau ikut tarikh ni, kereta ni masih belum jadi milik Siti lagi...

Persoalannya.. perlu ke Siti bayar saman lapuk ni??

Hm.. tak tahulahh... camne ek?? Ade sesape yang boleh tolong jawab??


5 comments:

b a m b a m ' s said...

xyah lar kot.. sbb bukan hak milik kita lg time tuh..

Siti Noraisyah said...

nti kalau nak idupkan roadtax, tak blacklist ke?

Chekgu Azrine said...

paling baik cik siti gi PDRM..ask further about this matter...then bwk surat bila tukau nama...atau skang mmg stil bukan nama cik siti...

zulkbo said...

salam..
beli keta second hand ke?
selalunya pemilik terkini
kena jelaskan..tak kira
apa alasan..kebiasaan anda
sebelum beli kereta 2nd hand
periksa saman lapuk dulu..
ermmm..gunakan peluang sekarang
discount 50%..tak dapat dah
nanti..

Sharienz Sz said...

betul tu..
rasanya trpksa la cik siti byr saman tu..takut lak ada mslh dikemudian hari..kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...