Photobucket Photobucket

Wednesday, March 16, 2011

Orang Johor dan Zapin

Sebut je negeri Johor, tarian apa yang akan tergambar kat fikiran?
Mestilah Zapin dan Kuda Kepang, kan?
Pandaiiiii.... Siti tahu, readers Siti semua mmg pandai-pandai sangat, heheheee....

Kalau nak tahu (kalau taknak tahu pun kene tahu jugak!) Siti dulu pernah menjadi penari zapin. Ingat lagi, kali pertama belajar masa Siti baru tingkatan 2. Tempat belajar pula kat area Parit Hassan (Simpang Renggam). Nak kesana, Siti perlu naik bas Benut dengan tambang 70sen. Sanggup pergi setiap hari Sabtu dan Ahad sebab Siti emmang minat sangat menari. 

Yang mengajar pun, kakak-kakak penduduk situ juga. Mula-mula mmg kekok, sampaikan sakit2 dan melecet-lecet tapak kaki ni sebab tarian zapin mmg banyak gunakan pergerakan kaki. Tapi, bila Siti dah mula hafal setiap step, barulah rasa sangat seronok dan masa ni asal dengar je lagu ghazal, mesti terus rasa nak menari.. heheeee....

Ok, meh Siti nak share sikit info tentang Zapin ni, sekadar buat pengetahuan je la ye.. ^^

Tarian Zapin dipercayai berasal dari Tanah Arab iaitu Yaman. Dikatakan bahawa pedagang-pedagang drpd Yaman yang singgah ke Pelabuhan Johor pada masa itu sering menjadikan tarian ini sebagai hiburan sementara mereka berdagang di sini. Tarian Zapin Johor dikenali dalam 2 bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab. 

Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas. Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola.

Daripada pengalaman Siti sendiri, gerakan zapin tidaklah terlalu sukar kerana ia lebih banyak menggunakan pergerakan kaki yang cepat. Setiap gerak tari atau bunga yang ada dalam zapin ada nama-nama yang unik untuk memudahkan penari mengingati setiap gerakan yang perlu dilakukan dalam tarian Zapin. Antara nama-nama gerak tari yang ada dalam tarian zapin ialah:
  • Titi batang
  • Ayam patah
  • Belanak kecil
  • Belanak besar
Pakaian penari zapin lelaki
Pakaian untuk penari-penari Zapin pula ialah baju Melayu Teluk Belanga yang lengkap dengan songkok, sampin (untuk lelaki) dan kain sarung atau songket untuk perempuan. Untuk penari perempuan, ada aksesori tambahan seperti bunga atau cucuk sanggul yang perlu dipakai mengikut taraf perkahwinan seseorang perempuan. Umpamanya, bunga atau cucuk sanggul perlu dipakai disebelah kiri bagi yang belum berkahwin, manakala untuk yang dah berkahwin pula, ia dipakai disebelah kanan. Selain itu, ada tambahan kain sarung atau kain batik yang perlu dipakai oleh penari perempuan. Tapi, kain ini akan dililitkan ditangan kiri selepas ia disarungkan.
Pakaian penari zapin wanita
Dlu, Siti memang serius dalam tarian zapin ni. Selalu juga buat persembahan di luar sekolah. Antara persembahan besar yang pernah Siti sertai ialah persembahan sambutan Hari Kemerdekaan di Stadium Kluang dan Perhimpuan Zapin di Stadium Tertutup, Johor Bahru. 

Tamat je persekolahan, Siti terus berhenti menari zapin. Sebab, kawan-kawan pun ramai yang dah sambung belajar ke tempat yang berbeza-beza, dan ada juga yang dah bekerja atau berkahwin. Jadi, group tarian Siti terus terkubur macam tu je.. 

Bila beralih ke alam Universiti, Siti masuk juga kumpulan tarian. Tapi masa ni group tarian Siti lebih kepada tarian Melayu kontemporari, dan dah tak mengkhususkan kepada tarian Zapin.

Sekarang ni, ada juga rasa rindu nak menari. Tapi, cuma menari sorang-sorang kat umah jela. Nak buat persembahan macam dulu-dulu, dah tak kot... Cuma, kalau ada yang nak tahu tentang zapin atau nak Siti tunjukkan pergerakan-pergerakannya, bolehla tunjuk sikit-sikit.. tu pun untuk perempuan jela ye.. ^^


9 comments:

nuralynZAKREE said...

yeahh..zapin..

me suya said...

suya suka tgk org menari je la kan.. rumet suya pun penari usm

semutsengal said...

err..nak blaja boleh ?ehhehe.

Cik Bambam said...

ewahhh2!! jom ler menari kak non!!kekekek

Siti Noraisyah said...

suya: Siti pun bermula dgn suka tgk je, lama2 minat belajar pulak..

hanif: maafla, zapin utkk lelaki Siti x pandai ajar, hehee...

bambam: Nak menari ke?? meh, dtg umah, akak bg kelas free je.. ^^

Unknown said...

saye tak pandai menari..badan keras:(hee

ewanrani said...

wah zapin la...dulu sekolah wan ade gak join zapin..name pun anak johor..rugi x tau tarian zapin nie...best2..jd famous sb zapin dulu..

http://ewanrani.blogspot.com/

ummiputeh said...

blaja tarian zapin ni mmg pgalaman y mnarik kan..
sy pnari zapin jgk dan dr simpang renggam jgk..sampai skarang masih aktif..klu rasa nk mnari jomla join skali..hehe

Amalina Ali said...

Nana tengah cari penari zapin bebudak kecik utk wedding. : )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...