Photobucket Photobucket

Thursday, March 10, 2011

Over Time..!!

Bulan 3 ni memang bulan yang 'Super-duper Busy' ok..
Buktinya kat gambar-gambar bawah ni.
Semua ni adalah gambar masa Siti bertungkus-lumus giler-giler menyiapkan dokumen, fail panitia, dan hiasan kelas sempena KPM dan JPN yang datang buat lawatan dan semakan kat sekolah.

 Bukan setakat waktu sekolah.. lepas waktu sekolah pun kami masih bekerja lagi.. malam pun masih kat sekolah.. balik umah untuk mandi dan tukar baju je..

Tapi.. disebabkan terlalu busy, maka hanya beberapa keping gambar ni jelah yang sempat diambil...
Thanks to Cikgu Atiqah yang sudi luangkan masa berharga beliau untuk ambil gambar si cikgu yang suka 'masuk dalam frame' ni, hahahah!


Saling bekerjasama dan berkongsi papan pemotong sebab masa dah suntuk giler! Tapi still sempat untuk beri senyuman paling manis sebab memang dah berhajat nak upload kat blog ni.. ^^

Yes.. yes.. Siti tahu muka Siti memang sangat 'sememeh' dan comot masa ni. Tak sempat dah nak touch-up bedak atau ape2 debu sekalipun.. ^^

Kak Roga n Kak Zainoor.. sangat fokus dgn keje memasing sampai tak sedar orang amik gambar, hehee... 

 Orang lain muka serius je buat keje.. Siti lak leh gelak-gelak walau sebenarnya dah tension habis!

 Inilah cikgu Atiqah yang sangat baik tu.. single n available.. heheee.. ^^

Ini gambar keesokan paginya. Still gelap lagi kat luar. Siti cikgu pertama yang sampai dan masa yang tercatat kat punch-card ialah 06:35am. Tapi masa ambik gambar ni dah hampir-hampir pukul 7am dah...

Ok, bilik guru dah kemas dan cantik hasil sentuhan tangan guru-guru perempuan.. heeeee... actually ni memang bilik guru perempuan je.. guru lelaki duk kat bilik lain.. (sila abaikan 2 orang model yang tak dikehendaki tu ye.. ^^ )

Tu la meja Siti ye.. kat hujung tepi tingkap dan dekat dengan kipas angin. Senang nak 'membuta'.. hehehee....


Sekian... ^^



5 comments:

diyana said...

hai siti manis!! saya ada tag nama awak join contest posing paling cun..link saya tag kat bawah ye..^^

http://diyanadena.blogspot.com/2011/03/contest-posing-paling-cun.html

apdm said...

salam

jgn stress walaupun bizi...

zulkbo said...

salam..
memang sibuk kelihatannya..
moga anda jadi guru cemerlang
satu hari nanti..

zulkbo said...

cantiknya dia bertudung labuh
pakai setokin lagi..ermmm muslimah..alhamdulillah..

Cik Bambam said...

hey kakak manis! :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...