Monday, March 14, 2011

I'm a Jobseeker now..

Pelik?? Heee... tak pelikla.. sebab hakikatnya memang Siti tengah mencari-cari pekerjaan baru. Bukan sebab dah tak nak jadi cikgu, atau dah boring mengajar.. Tidak sama sekali! Tapi.. Siti perlukan suasana kerja yang baru dan yang penting, sesuai dengan kelayakan Siti. Lagipun, sekarang mak dah ok, Siti pun dah ada kereta. So, rasanya kalau Siti kerja kat area Johor pun memang takde masalah.

Sebenarnya, en. Tunangla yang jadi motivator untuk Siti berhijrah ni. Dia yang selalu yakinkan Siti yang Siti sebenarnya jauh lebih berkebolehan dari apa yang Siti sangka. Memang betul yang selama ni sebenarnya Siti takut untuk berhijrah, takut untuk jauh dari keluarga, dan takut untuk teruskan alam pekerjaan tanpa orang yang Siti kenali.

Tapi... sampai bila Siti nak rasa takut??

Siti memang sayang pekerjaan sebagai guru ni. Dan kalau boleh, Siti nak kekal dalam bidang perguruan, cuma Siti nak berhijrah ke tempat yang lain pula. Kalau tak dapat bidang perguruan pun takpe.. sebab yang penting kerja yang Siti cari tu boleh buat Siti rasa lebih happy dan tak susah hati lagi.. ^^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...