Monday, January 31, 2011

Entry merajuk...

Kredit to Google Images
Hari ni Siti merajuk dgn seseorang. Sape ye agaknye?? Hahaaa.. biarlah rahsia... Honestly, Siti memang kuat merajuk. Tapi Siti merajuk bersebab.. tak penahla merajuk tanpa sebab, atau merajuk sebab nak tarik perhatian.. Biasenye, perkara yang menjadi punca utama adalah apabila orang buat sesuatu yang Siti memang tak suka.

Ye.. Siti tahu ramai guys kat luar sana tu yang meluat atau menyampah atau ape2 pun istilah yang korang nak bagi kat girls yang selalu merajuk. Tapi tau tak? Kami ni merajuk sebab kamu la jugak yang suka buat-buat tak tahu dan suka ulang kesilapan yang sama. Walau dah ditegur secara baik, dah diberi peluang, but still... the same mistake again. Jemu tau kalau asik bagi peluang je... Then... Kalau kita marah or luahkan rasa tak puas hati, the guys always nak defend diri dia dan tak nak mengaku yang dia memang silap.

Siti bukanlah jenis yang suka marah-marah, menengking atau membebel kalau rasa tak puas hati. Sebab, Siti tahu orang tak akan suka, dan keadaan boleh jadi lebih buruk kalau kita bercakap waktu marah. Tau jela.. tengah marah kan.. macam2 perkataan boleh keluar... So, Siti akan diam. Buat tak tahu, sampailah hati sejuk sendiri... Tak payah orang pujuk2, sebab semua tu ‘palsu’ je....

Siti tahu, diam ni boleh buat kita lebih makan hati.. dan lama-lama hati akan jadi kering dan dingin... So, jangan salahkan girls kalau tiba2 kami ni boleh buat keputusan yang sangat2 drastik. Sebenarnya takdelah drastic pun, sbb kami ni jenis yang sentiasa memerhati, dan membuat statistik sendiri.

Ini sekadar pandangan Siti secara umum je. Tak tahu la sama ada girls kat luar sana tu sama macam Siti atau tak. Mungkin Siti sorang je yang berperangai dan bersikap macam ni.. Hm.. Sorry ye sebab terpaksa baca entry melalut ni.. dah takde tempat lain lagi Siti nak luahkan perasaan...
Kredit to Google images

3 comments:

deAnza-wAnda said...

wooo x mo majuk2 yer..

BUNGA said...

merajuk dgn si dia ke ct? :)

Siti Noraisyah said...

wanda: haha! nak majuk gak.. ^^

Bunga: err.. no komen.. hehee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...