Monday, January 24, 2011

Pantai Contest by Mr.K


Disebabkan Siti suka sangat bercuti kat pantai, so Siti joinlah contest ni.. ^^
Nak join klik BANNER ye..
Ini gambar trip percutian dengan murid-murid tahun 6 dan guru-guru. Lokasinya kat Pantai Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor. Dekat dengan Pulau Batu Putih yang pernah menjadi rebutan antara Malaysia dan Singapura dulu (masuk sejarah sikit, heeee... ). 

Pantai kat sini memang best sangat! Dah dua kali sekolah Siti buat trip kat sini. Pantai Teluk Ramunia ni memang sesuai untuk buat hari keluarga atau rombongan sekolah, sebab resortnya bersih, tapak perkhemahan pun luas dan redup, dan yang penting, kat sini tak ramai sangat pengunjung. So, lebih privacy kot.. heheheee...
Dalam gambar tu ialah Siti dan rakan guru. Yang dua orang sibuk main pasir tu pulak anak murid Siti. Kebetulan, masa buat trip ni dah dekat2 musim tengkujuh. So, angin memang kuat dan ombak pun agak ganas. Tapi, tu lah yang buat kami tak puas2 main kat pantai. Tak berani nak mandi jauh2, just main kat tepi pantai je.. hehehe...

Ok tak karangan ni? Hahaha! Ayat terabur sebab mata memang dah mengantok sangat2 ni.. =)



Sebelum tido, Siti nak tag:
Cik bambam
Siti Fatimah
Bunga dan Coklat



Tarikh tutup:
7hb Feb 2011

3 comments:

mr.k_boy said...

tuan penganjur datang melawat... heheh thanks for join my contest...

LittLeMyRsHMaLLoW said...

gud luck ! ! ! !
=)

Nida said...

Salam dari Auckland..

Pantai Telok Ramunia?? Kampung saya tu.. :)

Tengok gambar pantai ni teringat masa kecil dulu, selalu ikut arwah main-main di gigi air .

Ada masa jenguklah Kak Nida di Bumi Albany
(radinsah.blogspot.com)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...