Saturday, January 1, 2011

Selamat datang 2011..!!

Pejam celik.. pejam celik.. tahun 2010 dah pun meninggalkan kita... Kena ucapkan 'Selamat Datang' kepada tahun 2011 pula. Azam?? Hmm.. adelah satu.. tapi rahsiaaaa... hehehee...

Tahun 2010 memang penuh dengan warna dan emosi.. Awal tahun 2010, dunia Siti dimulai dengan kesedihan dan kesuraman... dugaan dan ujian datang bersilih ganti. Air mata memang tak henti-henti mengalir.  Siti cuma mampu bersabar, berdoa dan mengharap supaya semua kepedihan akan berlalu... Alhamdulillah... sikit demi sedikit, mendung berlalu pergi dan hidup Siti kembali berseri. 

Tahun 2011... Siti mengharapkan sesuatu yang lebih 'besar'. Semoga semua yang dirancang dapat berjalan dengan baik. Aminn...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...