Saturday, January 1, 2011

Sabun Tanah Liat Taharah

Salam readers.. ^^
Siti cuma nak share tentang sabun yang Siti guna ni. Siti tak jual pun, tapi kalau ade yang nak mintak Siti belikan boleh juga.. heeeee....

Rasanya ramai yang dah tahu tentang sabun ni.. 'Sabun Taharah' ni dikeluarkan oleh TAHARAH GLOBAL (M) SDN. BHD. Ia diperbuat daripada tanah liat dan boleh digunakan untuk dua kegunaan utama:

1. Kegunaan untuk bersamak
Caranya: 1 kali air sabun Taharah dan dibilas dgn 6 kali air mutlak (beserta dengan niat samak)

2. Sebagai sabun mandian harian

3. Kegunaan sebagai sabun kecantikan dan kesihatan kulit.

Antara keistimewaan sabun Taharah:
  • menghilangkan penyakit kulit seperti panau, kurap, ruam, gatal-gatal, kulit kering, kelemumur serta rekahan kulit kaki. (yang ni memang terbukti sbb Siti sendiri mengalami salah satu daripada masalah yang disenaikan dan sekarang dah sembuh.. ^^) 
  • serbaguna untuk basuhan sayuran, barang kemas, basuhan baju dan lain-lain.
 Siti tengok, kat farmasi pun banyak jual sabun ni. So, kepada sesiapa yang ada masalah kulit tu, jangan dibiarkan ye.. lama2 nanti makin melarat... bila dah melarat, susah pulak nak hilang.. Semoga dengan izin Allah, penyakit kulit tu akan sembuh. 

7 comments:

NOOR FATIN said...

sy pakai sabun tu dah lama dah. dr sy umo 16 tahun. skrg dah 22 thun..keh3! sabun tu je la yg sesuai dengan muka sy :)

Siti Noraisyah said...

wahhh!! Yeke? Siti baru guna beberapa bulan, tapi Siti guna utk badan, sbb selalu kena ruam2, terutama kalau makan udang segar atau udang kering.. tp skrg Alhamdulillah.. dah takde lagi.. ^^

BUNGA said...

oo.. x tau la pulak sabun tu boleh buat sabun badan.. aku buat samak pinggan mangkuk yg beli ngan mat saleh je kat sini.. nnti nak try la.. thanks ct :)

BUNGA said...
This comment has been removed by the author.
BUNGA said...

oo.. x tau la pulak sabun tu boleh buat sabun badan.. aku buat samak pinggan mangkuk yg beli ngan mat saleh je kat sini.. nnti nak try la.. thanks ct :)

Siti Noraisyah said...

Tulah, sabun ni mmg serbaguna, ko beli kt mane? sane ade jual ke?

NOOR FATIN said...

dulu sy pakai satu produk tu, kulit muka sy teruk sgt2 awk. adess, last2 form4 ada kawan mak rekemenkan. dia jual rm4 aje. masa sy dok kl dlu..

bila pakai ok dah, jerawat pn dah xde. susah la nak naik jerawat, kulit pn dah ok la. huhu jeragat2 n kesan2 sikit akibat muka jadi teruk ada sikit lagi yang tak hilang..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...