Photobucket Photobucket

Sunday, January 23, 2011

Lempeng Pisang

Lempeng pisang - sorry.. lempeng kosong je, tak reti nak hias2.. heee...

Sape penah buat atau makan lempeng pisang, angkat tangan!! Ok.. terima kasih.. sila turunkan tangan anda ye... heheeee... Siti rasa ramai yang dah biasa dengan makanan ni, cuma Siti je ni yang entah baru turun dari planet asing mane tah... bayangkan.. dah 28 tahun hidup, baru ni la Siti merasa lempeng pisang... hahahahha!

Ini pun sebab ade pisang kapas yang dah terlebih masak, mak tebang 2 tandan seminggu yang lepas, dah agih-agihkan kat jiran2 tapi masih ade baki sikit lagi. YAng dah tinggal berapa sisir tu pun lambat nak habis... Disebabkan tak nak terbazir macam tu je.. maka terasa ringanlah mulut ni nak bertanya kat mak:
Siti: Mak, ade ke pisang orang buat lempeng mak?
Mak: Ye ade....
Dengan je jawapan drpd mak, terus Siti taip 'lempeng pisang' kat google search. DAn tak sangka, memang ade banyak resepi lempeng pisang ni... huhuhuuuu.....

Seterusnya, bermulalah operasi melenyek pisang (part yang Siti paling suka ni.. heee.. ^^). Kalau ikut resepi kat My Resipi, kene tambahkan sikit kelapa parut. Tapi disebabkan Siti malas nak mengopek dan memarut kelapa, maka Siti abaikan yang tu. Yang lain-lain Siti ikut je resepi tu.

Nak bagtau sikit, kalau nak mudahkan kerja-kerja melenyek pisang, caranya tambahkan gula, pastu lenyek je dengan gelas atau mug. Tapi Siti gunakan gelas. Ternyata kaedah ni lebih mudah dan cepat.


Lepas siap bancuhan lempeng ni, ambil daun pisang yang dah dibersihkan, kemudian, tuang je kat atas daun tu. Macam dalam gambar kat atas ni, dan bakar sampai lempeng masak. Mak kate, zaman dulu-dulu, orang bakar lempeng pisang ni kat atas dapur kayu, sebab tu la kene gunakan daun pisang sebagai alas. Zaman sekarang ni, kalau tak nak alas dengan daun piang pun takpe. Tapi rasanya, kalau nak lebih sedap, dan kalau daun pisang tu senang nak diperolehi, Siti syorkan untuk lapik dengan daun pisang. Rasanya pun lebih sedap dan wangi.

Simple je resepi ni.. dan yang penting, memang betul2 pantas dan sedap.. heeee.. rasa rugi sebab tak belajar dari awal... Sesekali, resepi tradisional ni kene juga kita ambik tahu, supaya ia tak terus dilupakan dan pupus.. =)

1 comment:

Anonymous said...

menarik....ader resipi yang lain?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...