Photobucket Photobucket

Tuesday, January 18, 2011

Orang BERBUDI, kita BERBAHASA..

Ok, sila sambung pantun pada tajuk entry Siti. Kalau betul jawapannya, Siti bagi hadiah senyuman paling manis.. heeee... Acah jela... tetiba rasa nak berpantun-pantun plak pagi2 ni...

Sebenarnya, entry ni khas untuk menghargai seseorang... seorang kawan lama yang Siti kenali sejak zaman sekolah dulu. Walau tak pernah sekelas, tapi bohonglah kalau kami tak saling mengenali kan... Sebabnya, kami pernah bertugas di bawah satu KOPERASI sekolah. Lagipun, sekolah Siti dulu bukanlah besar sangat, cuma blog dan kelas je yang memisahkan kami. Pusing-pusing, akan jumpa jugak.
Dan sekarang, Siti sangat mengagumi beliau. Seorang ibu kepada dua orang 'HERO' yang sangat sihat dan comel. Malah, rasanya beliaulah satu2nya kawan perempuan SIti yang merantau sangat jauhhhhh hingga ke UK sana. Bertuahnya dia kan? Walau jauh, tapi hubungan dengan Malaysia tak pernah putus. Dan mungkin sebab tulah wujudnya blog BUNGA DAN COKLAT.

Suka sangat baca blog ni, sebab kat sini banyak menceritakan tentang pengalaman menjadi seorang perantau di negara orang. Tengok gambar2 beliau bermain salji, rasa nak ke sana jugak. Tapi belum ade rezeki untuk Siti. Dan sekarang, walaupun kami tak pernah berjumpa bertentang mata, tapi kat sekolah Siti merupakan guru kepada anak2 saudara beliau. Mudah-mudahan, ukhwah ni akan terus terjalin rapat dan tak akan terputus sampai bila-bila.
Buat Bunga:
Thanks sebab promotekan blogshop Siti ye.. heeee.. terharuuuu.... sebab tulah entry ni khas buat kamu. Semoga kamu sentiasa bahagia menjadi isteri dan ibu. Siti ni ntah bila nak jadi isteri dan ibu orang... heeee....

2 comments:

BUNGA said...

tenkiu siti... i lap u la.. hehee
saje je promo bisness kawan2.. mudah2an terus suksess.. tgok kawan2 hepi, kita pun hepi jugak :)

abadi romeo said...

salam...datang dari Blog Bunga dan cokelat..
susah mencari kawan yg masih mengingati kita walaupun sudah jauh dari pandangan mata..
berkawan biar seribu..berkasih biar satu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...