Tuesday, January 11, 2011

Kalau betul Facebook ditutup..

Isu yang hangat dibualkan oleh muda-mudi utk bulan ni. Betul ke Encik Marc Zuckerberg yang dah jadi billionaires gara2 idea beliau menubuhkan Facebook ni dah nak menamatkan pulak laman sosial beliau yang terkenal ni? Kalau tutup, siapa yang untung dan siapa yang rugi?

Pada Siti, Encik Marc Zuckerberg tak akan rasa rugi langsung pun, sbb harta beliau rasanya dah boleh menampung sampai tujuh keturunan, heheeee.... Tapi bagi mereka yang menjadikan laman Facebook sebagai salah satu item pemasaran produk, pasti akan rasa sedikit terjejas. Yelahh.. kalau tengok skrg ni, kat FB tu dah jadi mcm medan iklan untuk produk-produk yang dijual secara online. Tanpa FB, dah hilanglah salah satu cara yang pantas, percuma dan mudah untuk mengiklankan barangan dan perkhidmatan... Mungkin lepas ni, kaedah pengiklanan konvensional seperti flyers (pamphlet) akan mula menjadi pilihan.
Then, sape yang untung kalau FB ditutup?? Mungkin, syarikat2 telekomunikasi yang akan bersorak dan tepuk tangan sebab... sejak ada FB ni, sms, mms dah berkurangan. Tapi ini cuma mengambil kira penggunaan sms dan mms Siti la ye, sebab... macam Siti lah contohnya kan, sejak ade FB ni rasa lebih pantas dan mudah kalau nak buat ape2 planning dgn kawan2. Update je kt status atau inbox, pastu dah boleh respon ramai2. Pastu kalau nak raya atau birthday, juz wish dan upload je gambar yg cantik2, then tag la brape ramai pun. Takde caj untuk brapa ramai yang kita hantar (advantage utk yg ade internet connection la ye.. ). Compare dengan sms atau mms, setiap yg kita hantar mesti ade caj kan, lebih2 lagi kalau sorang guna 012, sorang lg plak guna 013.. 

Ape pun, mak ayah kat umah tu mesti senang hati sbb anak2 dah tak sibuk menghadap skrin komputer/laptop, dah takde lagi gaduh2, rebut2 sape yang online, bil elektrik pun kurang, kerja sekolah anak2 pun dah tak terganggu, keputusan peperiksaan meningkat, memasing pun dah mula tido awal, hahaha! Andaian Siti jela... heeee.... 
Tapi.. Siti akan rasa sedih dan kehilangan juga kalau FB ni betul2 tutup.. kenelah cari alternatif lain utk contact dan share maklumat dengan bff Siti... So, harap2nya, semua ni hanyalah satu khabar angin dan FB akan terus beroperasi mcm biasa.. heeeee.... ^^

3 comments:

b a m b a m ' s said...

propa je tuh kak non oi..hehehhe

Siti Noraisyah said...

seb baik propa je, klu tak menangis kak....

zOeY zAu YaH said...

tipu jee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...