Tugas sebagai seorang guru ni sebenarnya boleh buat seseorang jadi awet muda tau. Ape?? Tak pecaye?? Betullll... Siti tak tipula..... Tapi, ade syaratnyelah. Syaratnya, kita mestilah dengan seikhlas hati mendidik dan menyampaikan ilmu tanpa ada rasa letih dan jemu. Sebab bila kita ikhlas, hati kita akan jadi seronok, dan bila seronok, ape2 kerja pun akan jadi mudah. Setuju tak?
Pada Siti, melayan karenah murid2 sekolah rendahlah yang paling seronok. Terutamanya murid2 tahun 1. Sebab perangai mereka ni sangat manja dan comel. Kadang-kadang tu, geram juga bila ada murid2 yang berperangai nakal, tapi anggap jelah mereka ni seperti adik atau anak. Mesti rasa geram tu akan berkurangan.
Siti nak share beberapa situasi antara Siti dan murid2. Ade juga situasi yang dialami oleh guru2 lain, dan Siti kongsikan sekali.
Situasi 1 (sebelum perhimpunan)
Cikgu: Ishhhh... pipi awak ni tembamlahhh.... (sambil cucuk2 pipi murid dengan jari sbb geram). Ape ade dalam pipi awak ni ek?Murid: Heeeee... ade nasi ayam, Cikgu.Cikgu: Patutlah tembam... hahahhaa!
Situasi 2:
Cikgu: Esok, cikgu nak semua murid bawa salinan surat beranak ye...Murid: Cikgu! Saya tak laratlah nak salin... saya nak bawa yang fotostate je, boleh?Cikgu: (Tak terkata... tergelak jela.... ^^)
Situasi 3 (Dalam kelas bahasa Inggeris):
Cikgu: How are you today?Murid: Today is Monday, teacher!(Murid ni confuse antara 'What day is today?' dengan 'How are you today?')
Situasi 4:
Cikgu: Sape yang nak masuk syurga angkat tangan!(Semua angkat tangan, kecuali seorang murid.)Cikgu: Kenapa awak tak angkat tangan? Awak tak nak masuk syurga?Murid: Nak cikgu. Tapi, mak saya dah pesan, jangan pegi mane2...
Bila dalam kelas, pasti akan ada perkara-perkara lucu yang berlaku. Tapi, jangan pula anggap semuanya menyeronokkan je. Sebab, perkara-perkara yang tidak disangka-sangka seperti murid tercedera, bergaduh dan terbuang air kecil atau besar pun ada berlaku. Jadi, tugas guru sekolah rendah ni memang sangat pelbagai. Ada masanya, kamilah guru, kamilah ibu, kamilah doktor dan kamilah juga kaunselor.... Mungkin disebabkan itu, Siti sangat berbangga menjadi GURU!
4 comments:
lawak baca situasi murid tuh. best pulak mengajar ni kan? adoi.
best sbb perangai murid2 skolah rendah ni sgt comel.. heee... ^^
hahaha.. kelakar betul budak2 ni.. teruskan usaha mendidik anak bangsa wahai cikgu siti :)
bunga: terima kasih bunga.. ^^
Post a Comment