Wednesday, January 5, 2011

Kepenatan yang berbaloi..

Sejak mula sesi sekolah 2011, Siti dah kurang update entry. Kalau masa cuti sekolah, Siti boleh taip sampai 3@4 blog, tapi sekarang nak update satu entry pun mcm dah merangkak-rangkak.. adehhhh... Bukan takde internet kat sekolah, tapi tanggungjawab kat sekolah sangatlah banyak dan Siti tak sempat nak relax-relax.. Ada masa lapang pun Siti gunakan untuk menelaah buku2 rujukan supaya masuk kelas nanti Siti rasa lebih konfiden nak mengajar.

Lagipun, sekolah tempat Siti mengajar mula 7:25 am sampai 4:00 pm.. Jadi balik rumah barulah Siti boleh online. Itu pun lepas Maghrib. Memang penat mengajar ni, tapi seronok sebab dapat melayan karenah murid2 dan yang penting, dapat sumbang sesuatu untuk anak bangsa sendiri.
Jadi, kepada yang tengah tunggu keputusan "Photo Contest: My Best Friend Forever", harap dapat bersabar ye.. Siti usaha juga untuk luangkan masa memilih entry dan gambar yang terbaik. Siti pun dah tak sabar nak tahu sapa pemenangnya ni.. heee.... ^^

4 comments:

SayaNina said...

slmt mengajar,cikgu!!

zacky ~786~ said...

hohoo..~
cikgu. ^_^ ..
berbakti utk mse dpn mereka.. yeah..!

shidah said...

selamat mengajar yer..hehehe...ct ada ckp sorg bdk yg hyper kan??mcm tau jer sape..hehehe

Siti Noraisyah said...

nina n zacky: thanks..!!

shidah: kenal ke dgn budak tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...