Hari ni memang sangat penat.. Ade kes kat sekolah tadi.. murid kelas Siti bergaduh. Tapi masa pergaduhan tu, Siti tengah ade kelas kat kelas lain.. Huhuhuuu.. sebagai guru kelas, kenelah amik tahu jugak.. lebih-lebih lagi sebab melibatkan kecederaan...
Tak boleh nak salahkan seorang je, sebab semua pun boleh jadi terlibat... Emosi murid memang susah kita nak agak.. sekarang mereka mungkin berkawan baik, tapi beberapa minit lepas tu je boleh jadi pergaduhan dengan tiba-tiba. Dan selalunya, punca bergaduh tu pun hal yang remeh-temeh je...
Macam kes yang tadi ni, puncanya sebab si A ambil pembaris si B. Lalu, si B pun ambil pensel box si A sebab nak cari pembaris dia. So, si A pun marahla... Tapi... yang jadi mangsa bukan si B, sebaliknya orang lain yang takde dalam cerita tadi iaitu si C. Hishhh.. pening jugak nak faham citer budak2 ni...
Akhirnya, jadilah kes sekolah... si A yang mencederakan si C tadi pun dah dipanggil dan diberi kaunseling. Pada Siti, si A, B dan C, semuanya bersalah. si A salah sebab dia mengambil pembaris tanpa kebenaran dan menjadikannya hak milik sendiri ( mencuri ). Si B pula salah sebab bertindak sendiri (kalau B mengadu kpd guru, insyaAllah kes dah selesai secara aman...), manakala si C pula salah kerana dia membuat provokasi menyebabkan si A sangat bengang dengan dia.
Tadi, Siti sempat jumpe si B dan si C je. Esok, Siti akan cuba slow talk dengan si A, nak tahu apa sebenarnya masalah dia. Sebab, ni dah kes pergaduhan yang ketiga untuk dia dalam tempoh 4 minggu bersekolah ni. Memang belum berkenalan dengan dia sepenuhnya,sebab dia pun murid baru kat sekolah Siti.
Hm.. so esok.. tengok jela ape yang akan berlaku... Siti harap, semuanya dapat diselesaikan dengan baik.
1 comment:
sebat dia cikguuuu~!!!heheheh
Post a Comment