Friday, January 21, 2011

Dah 3 tahun rupenye...

Inilah Siti masa mula-mula mengajar pada tahun 2008. Hahaha! Lawak betul! Baru jadi cikgu, dah dipertanggungjawabkan untuk jadi guru kelas tahun 2. Ni lah anak2 buah Siti... kelas paling ramai murid masa tu, dan paling ramai murid lelaki... susahnyeee nak control kelas, ditambah pula dengan pengalaman Siti yang tak sampai seinci pun...

Dan sekarang, tahun 2011, tak sangka Siti jadi guru kelas dorang balik. Sekarang dorang dah pun tahun 5. Lebih matang, dan badan pun besar-besar belaka. Murid pun makin bertambah... Kalau dulu cuma 30 orang murid, sekarang dah menjadi 33 orang murid. Cuma, perangai budak2 tu masih ade. Normal la... memang masih kanak2 pun kan.. heeee...

Bila tengok balik gambar ni, memang rasa lucu. Entah macam manelah Siti boleh 'terjebak' dengan bidang perguruan ni kan...Tapi tu lah, semuanya Allah yang susun, dan Allah lebih tahu ape yang terbaik untuk hamba-Nya.



1 comment:

zulkbo said...

salam..
ermmm..cantiknya cikgu saya..
saya kan jadi baik sampai bila2..he he..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...