Ini adalah sambungan daripada entry Trip to Perak ye.. ^^
Esoknye, bangun agak awal jugak. Banyak yang nak dipersiapkan. Faham2 jelah kalau dah perempuan ni.. nak bersiap tak cukup sejam. Tu utk sorang.. kalau dah bertiga?? Pastu nak kene tunggu giliran mandi lagi.. Dipendekkan cerita, kami siap jam 10:00am. Rasa excited sangat nak bertolak sebab memang dah tak sabar nak jumpe Cik Huda yang kami rindui, heheee....
Wajah2 excited nak travel jauh ni.. heheee... ^^ |
Perjalanan baru bermula.. |
Sepanjang pemanduan, kami cuma berhenti sekali je kat R&R Bukit Gantang. Malas nak berhenti banyak2 tempat, lagipun mengejar masa sebab tak nak buat Cik Huda tertunggu-tunggu.
Sempat beli buah-buahan sikit kat R&R Bukit Gantang ni.. ^^
Hampir jam 2:30pm, kami sampai kat umah Huda. First time sampai ke area Bagan Serai ni, tapi takdelah susah mane pun.. henfon kan ade, so call je Cik Huda, manfaatkan teknologi yang ade, heheeee... Huda pun excited tengok kami dah sampai. Terus hilang rasa penat... lebih2 lagi bila Huda jamu kami dengan laksa penang yang sedap, hasil air tangan mak Huda.
Asalnya, kami plan nak pegi meronda kat Penang ramai2 malam kat umah Huda tu. Tapi, atas nasihat nenek Huda, kami tak keluar pun. Lagipun Huda masih dalam proses berubat. Kalau ikutkan Huda, memang dia ok je.. makin ligat planning nak pegi sana sini.. tapi lebih baik kami ikut nasihat orang tua kan? So, malam tu kami bersembang jela. Then makan malam tu, simple je tapi sangat istimewa! Entahla.. walaupun lauk2 biasa, tapi sedapnyeeee... memang lain! Antara menunya: Gulai ikan puyu, Ayam masak sambal, Gulai ikan duri (tapi orang Perak tak panggil ikan duri... ) dan yang palingggg Siti suka, pekasam!! Uihhh.. memang best sangat! Habis sepinggan pekasam tu kami makan sampai licin, heheee...
Time tido, kami share satu bilik, sekatil bertiga. Siap ade kelambu lagi! Dah lama rasanya tak tido dalam kelambu ni. Ingat masa kecik2 dulu, kelambu yang gantung kat tepi dinding tu kan. Tapi kelambu skrg dah lebih moden. Kelambu ni jenis mudah alih yang boleh lipat2 macam khemah tu. Sekali pandang macam kami ni tido dalam khemah pulak, tapi yang transparent punya, heheee... ^^
Bersambung lagi....
(next entry nak cerita pasal aktiviti jalan-jalan kat bendang, Bukit Merah and Taiping)
No comments:
Post a Comment