Photobucket Photobucket

Thursday, January 27, 2011

Nak jerit kuat-kuat boleh tak??

Ape nak jadi ni… minggu ni Siti memang rasa stress! Entahla.. mcm kelam kabut je.. banyak keje yang tak sattle lagi… huhuuuu… Sesi tahun rasa macam banyak sangat keje… masa pun macam tak cukup2.. padahal same je kot.. atau Siti yang tahun ni terlebih semangat?? Sampaikan tiap kali lepas mengajar rasa semput dan mengah semacam je??

Murid-murid pulak?? Huhuuuu… bukanlah nak salahkan murid.. tapi memang rasanya tahun murid2 lebih agresif.. terutama murid tahun 1. Ingatkan bila ramai murid perempuan, kelas makin senang nak dikawal.. tapi rupanya… kelas jadi makin bising dan ade je yang mencelah masa siti mengajar….

Bayangkan kalau masa Siti tengah syok mengajar dan bagi penerangan, tiba2 ada murid yang datang ke depan dan cakap:
“Cikgu.. malam tadi abang kite kan……”
Atau….
“Cikgu... semalam kan kite nampak anjing kat taman permainan”
Atau pun…
“Cikgu, kita nak kencing…”

Tu belum lagi masa tengah mengajar tiba2 ada suara meraung menangis. Bila Siti Tanya kenapa, kadang2 punca menangis tu.. aduhaiiiii…..
“Die ambik pensel kite… huuuuuuu……”
Atau…
“Dia tak nak kawan kite…..”

Hishhhh…. Geram ade… lucu pun ade… memang macam ni la kalau mengajar murid tahun 1. Tak pernah menyesal pun jadi guru.. Cuma Siti merasakan yang Siti sangat kekurangan pengalaman dan latihan tentang teknik2 mengajar ni… kalau boleh, nak sangat pergi join kursus2 yang kementerian adakan.. tp masalahnya Siti ni Cuma guru sekolah swasta je… Kalau ade kursus pun, atas inisiatif pihak sekolah untuk jemput pihak yang boleh  berikan kami kursus.

Sekarang ni, Siti tengah bertungkus-lumus siapkan minit mesyuarat PIBG sebab esok ade mesyuarat. Guru besar baru je maklumkan tentang mesyuarat ni pagi tadi. Siti tak sempat pun nak buat surat jemputan kepada AJK. So, jalan paling mudah dan pantas, jemput melalui khidmat pesanan ringkas (sms) jela…. Sebab tu la Siti kene siapkan minit mesyuarat yang lepas tu hari ni jugak.. Huuuuu… tu laaa… sape suruh buat keje last minute.. kan dah diri sendiri yang stress….

Tapi.. dalam pada tengah stress ni, sempat jugak update entry yek.. hehehe… tu lah yang peliknya, time tengah stress ni la yang banyak idea nak menaip… 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...