Tuesday, January 4, 2011

I love my job!

Gaya hari kedua ke sekolah.. ^^
Hari kedua sesi persekolah 2011 - Keadaan lebih stabil berbanding semalam. Hahaha! Semalam Siti memang penat sangat2... agak kekok jugak sebab dah setahun 'berehat 'dari jadi guru kelas, tiba2 tahun ni kene pegang kelas tahap 2 pulak... darjah 5. 

Kelas Tahun 5 Ibnu Rusyd - Kelas yang Siti pegang tahun 2011 ni. Murid seramai 33 orang orang dengan 22 orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan. Siti pernah jadi guru kelas masa dorang baru darjah 2 dulu. Kelas ni memang dikenali dengan murid2 lelaki yang 'sihat-sihat', nakal dan ade sorang murid hyper. Memang cabaran besar bagi mane2 guru yang memegang kelas ni. Masa mula2 diberitahu yang Siti kene jadi guru kelas ni.. huh! Terkedu jugak... tapi Siti terima tanpa banyak alasan. InsyaAllah Siti akan jalankan tanggungjawab dengan sebaiknya.

Subjek tahun 2011 - Tahun ni Siti kekal sebagai guru BM tahun 6. Dan kali ni Siti kene ajar BI tahun 5 pulak.. huhuu.. 1st time mengajar BI tahap 2 nih! Paling banyak mengajar kat kelas tahun 1, Ibadah + Akhlak + Al-Quran + Hafazan... Jadi ustazah pulak tahun ni...

Setiausaha PIBG - dah 2 tahun pegang jawatan ni.. bila laaaaa nak bagi kat orang lain pulak... tak sanggup den.... 

Guru Rekreasi - Dah masuk tahun ketiga.. tahun ni kene fikir destinasi rehlah yang lain pulak...

3 comments:

Nurulbadiah Lai said...

wahhh siti...

semoga sentiasa happy dengan kerja k

Siti Noraisyah said...

Thanks Nurul... ^^

ijatnuar87 said...

wah,seronoknyer...biler la nk pegang jawatan gak nih,heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...