Terasa emosi sekejab! Bukan emosi sebab bergaduh dengan en.Tunang atau geram dengan murid-murid kat sekolah... Tapi Siti rasa emosi sangat dengan sikap MANUSIA yang menggelarkan diri mereka MANUSia tetapi langsung tak bertindak seperti MANUSIA yang BERAKAL.
Pelik sangat dengan sikap MANUSIA yang merasakan diri mereka terlalu SEMPURNA hinggakan tanpa rasa bersalah MENGHINA dan MENGAIBKAN saudara seISLAM mereka sendiri. Sikap itu ke yang ALLAH seru?? Atau perangai macam tu ke yang RASUL ajar??
Ishhh... entahla.... nak kata mereka ni tak matang, umur ade yang dah 30 plus-plus... nak kate tak bijak... tingginya pelajaran sampai peringkat ijazah ke atas.... Jadi kenapa mereka macam tu ek??
Taksub?? Takbur?? Riak??
Mungkin jugakkan.... Inilah yang terjadi bila kita rasa diri kita terlalu BAGUS berbanding orang lain... Jadilah "aku betul, korang semua salah!!"
Astarghfirullahalazim.... Allah tak akan memandang atau menilai keBAGUSan kita, tapi yang akan dihisab pada hari kiamat kelak adalah AMAL dan IMAN kita. Walaupun dalam hati ada benci, campakkanlah jauh-jauh.... Tak rugi walau sekelumit atau seinci pun kalau kita saling MENYOKONG dan BERKASIH-SAYANG sesama saudara seISLAM selagi ia tidak melanggar syarak...
Sekadar luahan rasa Siti malam ni... nak tegur secara direct, takut niat kita disalah anggap dan akhirnya Siti pulak yang dibenci... Jadi, biarlah Siti tegur secara umum. Lagipun. teguran ini untuk diri SIti sendiri juga... Supaya Siti sentiasa jadi MANUSIA yang sentiasa BERINGAT dan saling INGAT-MENGINGATI.
(Rasa lega lepas dah luahkan semuanya kat sini.. heeeeeee.... barulah boleh buat kerja... ^^)
4 comments:
salam kenal....
tulah, manusia mudah lupa....
good oneee~!!!
huhuhu..memang dah nakamnyer manusia.memang perangai buruk...menyakitkan ati jek...tpi apa yg pnting,jgn layan sgt...
Post a Comment