Photobucket Photobucket

Wednesday, January 19, 2011

Suasana latihan sukan sekolah

Minggu ni sekolah tempat SIti mengajar dah mulakan latihan sukan untuk Sukan Tahunan 2011 pada 3hb Feb nanti. Ingat lagi masa zaman Siti bersekolah lagi dulu, latihan sukan dibuat pada sebelah petang, sebab Siti sekolah sesi pagi. Memang penat... dan banyak kali jugak ponteng latihan.. heheeee.....

Tapi berbeza dengan sekolah tempat Siti ni. Memandangkan sesi belajar kat sekolah Siti bermula pada jam 7:45am hingga 4:00pm, jadi latihan terpaksa dibuat pada sebelah pagi je. Tu pun cuma 2jam sebab tak nak mengganggu sesi pembelajaran. 
Setakat entry ni ditulis, baru 2 hari latihan berlangsung. Siti pegang rumah sukan Ashfar (Kuning). Memang penat menguruskan murid2 ni.... lebih2 lagi murid-murid tahun 1. Aduyaiiii.... sampai serak2 basah suara ni..... Walaupun penat berjemur pagi kat padang, then sambung kelas sampai petang pula, tapi tugas tetap tugas. Dan, yang paling best sebab dapat tengok gelagat murid yang pelbagai. Heheee... memang lawak tengok dorang ni... lebih2 lagi part acara lompat jauh. Tergelak je kejenye.... ^^

Tengah tunggu turn nak lompat jauh..
Pastikan rumah kuning menang tahun ni!!
Alolooo.. cian yg kat depan tu tak nmpak muka dia...
Girl's POWER!! Yeahhhh...!!

1 comment:

zulkbo said...

salam..
untungnya anak murid
dapat cikgu cantik..
moga sihat selalu ye
cikgu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...