Photobucket Photobucket

Friday, January 14, 2011

25 random facts about me myself and I

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."
Huhuhuuuuu.... kene tulis 25 random facts tentang diri Siti?!! Banyaknyeeeee..... yang menge'tag' ni memang rajin betulla kan? Huh! Menguji sungguh!! Tapi takpelah.. disebabkan Cik Bambam yang tag Siti, Siti buat jugakla ea... heheheee.... Apelahhh 25 random facts pasal Siti ni... hmmm....

1. Anak seorang pesara tentera. Tapi Siti tak penah merasa tinggal dalam kem askar sebab masa Siti lahir, arwah abah dahnak pencen...
2. Asalnya Siti adalah anak bongsu tapi masa Siti berumur 3 tahun, Siti dapat pulak sorang adik... maka terlepaslah takhta anak bongsu tuu.. huhuhuu....

3. Ada 2 orang abang, sorang kakak dan sorang adik perempuan. Tapi sekarang, Siti sorang je yang tinggal dengan mak... yang lain semua tinggal jauh-jauh....

4. Dalam family dan kalangan saudara mara, Siti sorang je setakat ni yang boleh bertutur, menulis dan membaca tulisan Cina (Mandarin) dengan baik dan lancar sebab Siti dulu sekolah kat sekolah cina from year 1 - year 6. Best sgt sebab selalu dapat special price kalau beli kat kedai cina, heheeee....

5. Selain bahasa Melayu, Siti dan mak selalu berkomunikasi dalam bahasa Jawa, lebih2 lagi kalau nak mengumpat anak2 sedara atau ipar2, sebab dorang sume tak faham, hahahaha! Padan muka... ^^

6. Suka kucing sampaikan ada bela 15 ekor kucing kat umah...

7. Suka shopping! Tapi sekarang terpaksa kawal nafsu shopping tu sbb tgh kumpul duit nak kawen... adehhhh.... 

8. Kalau buat air limau kasturi atau makan ape2 makanan yang ade letak limau kasturi, lepas perah jusnya, kulit tu Siti tak akan bunag tapi Siti kunyah2 dan telan macam biasa. Petua supaya badan sentiasa harum... jimat duit beli perfume... ^^


9. Suka makan ulam-ulaman yang pahit.


10. Kalau buat kopi atau nescafe, suka bancuh pekat2 dan pahit. Orang lain memang peningla kalau minum...


11. Tak suka makan berulam air. Siti cuma akan minum setengah jam lepas makan.


12. Suka tengok citer seram tapi mesti nak kene ade bantal wat cover muka.. eeeee... takuttt...



13. Pernah jadi penari latar masa Dato' Siti Nurhaliza buat konsert kat UUM dan pernah buat persembahan untuk sambutan ulangtahun kelahiran Sultanah Kedah, heeeee.... kenangan manis nih... ^^


14. Seorang cikgu yang GARANG dan TEGAS tapi masih boleh buat lawak dengan anak murid. Garang bertempatla ye...


15. Tiap2 tahun, Siti akan mengumpul mug dan frame yang banyak sampai penuh almari. Kenapa?? Pemberian daripada murid2 sempena hari guru... tak kan nak tolak pulak kan?


16. Hadiah paling pelik yang Siti terima masa sambutan hari guru ialah: Tisu 30sen tu dan cecair pencuci wanita.. hahahah!


17. Suka memasak tapi ikut moodla.. hehheee....


18. Tak suka lipat baju... mengantok!


19. Tak suka tengok sinetron Indonesia sebab panjang sangat pastu banyak konflik.... jemu!


20. Pernah hilang kat pasar masa kecik2 dulu.. mujur mak jumpe balik...


21. Tak suka dengan orang yang suka mengarah tapi dia sendiri tak tahu buat kerja plus orang yang suka datang lambat! Penantian satu penyeksaan OK!


22. Tak suka bau minyak petrol... meloyakan! So, setiap kali isi minyak Siti akan tahan nafas ataupun palingkan muka jauh2....


23. Sanggup buat ape saje utk orang yang Siti sayang.... dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan mereka: Mak, family, best friends dan tunang.


24. Siti memang suka bercakap dan boleh jadi sangat ramah bila dah kenal baik dengan seseorang, sampaikan orang pun tak sanggup nak layan Siti, hahahaha! Tapi akan bertukar menjadi senyap seribu bahasa jika marah. So, kalau Siti tiba2 je senyap, maknanya adelah yang tak kene tu...


25. Sebelum baca cerpen atau novel, Siti akan baca ending cerita tu dulu. Kalau happy ending, barulah Siti akan baca dari awal. Kalau sad ending, Siti tak nak baca langsung.



Akhirnyaaaa.....!!!
Selesai juga..... huh! Berpeluh-peluh nak menaip ni tau...
dan sekarang Siti nak tag:

  1. Cik Bambam
  2. Aishah AR
  3. Syakirah Samat
  4. Shaz
  5. zilla
  6. wajihah
  7. tatie atikah
  8. shila shahila
  9. nurul izzaty
  10. nieya_vanilla
  11. nadya bubble
  12. mimi
  13. me suya
  14. Leya's Blog
  15. iqbal hakimi
  16. hana sakura
  17. Farhana
  18. Cik Mas
  19. Dilla Adilla
  20. Bunga dan Coklat
  21. aqish
  22. anis husna
  23. aisyah
  24. anayana
  25. mamaema

4 comments:

Cik Bambam said...

oit2..mana aci kena tag balik nihhh..ahhahahha..tau dah org tuh x mnm air pas mkn..sampai sanggup tahan nak beli air kalo mkn kat kedai..!haahhaha..

Siti Noraisyah said...

hahahaa! saje tag sbb nak cukupkan list 25org tu.. tau xpe.. mmg sanggup tak beli air kalau makan kt luar.. ^^

BUNGA said...

ku terlihat namaku diatas itu.. hehe
siti, mcm mna boleh hilang kat pasar dulu. haha.. kelakar lah

Siti Noraisyah said...

bunga: mmg siti tag nama bunga, hee... rasanya masa tu hilang sbb Siti dok tengok benda lain kt pasar tu.. sedar2 je mak dah xde kat sebelah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...