Photobucket Photobucket

Sunday, January 2, 2011

Artis wanita Malaysia dah setaraf Hollywood!!

Aduhaiii.. memang rasa kesian sangat dengan segelintir artis2 wanita kat Malaysia ni.. memalukan je.. bakat tak seberapa, kontroversi je yang lebih... Sekarang ni, selain daripada isu bercerai, tambah satu lagi kontroversi iaitu fesyen baju pendek sendat tak cukup kain ala2 kemban.. Haaaa... semua Siti senaraikan dalam satu ayat!

Siti nak tanye kat sini, cantik ke seksi2 ni?? Yelah.. memang... masing2 taknak jadi 'hipokrit' kan.. nak jadi diri sendiri.. pastu designer dah reka dan jahit, pakai jelahh... yang paling best dorang bukan berbogel, so tak salah pakai seksi2, sbb pada dorg tak seksi pun....bak tulisan Siti jarum kat Pancaindera hari ni, mereka dah setaraf artis Hollywood!!
Yelahhh.. Siti pun tak nak jadi hipokrit kat sini.. so Siti nak luahkan jelah apa yang Siti rasa.. lagipun artis2 ni bukan baca blog Siti ni.. 

Cuma, diorang mungkin tak terasa atau terfikir, yang orang2 kafir kat luar tu semua bersorak kegembiraan bila melihat orang2 Islam terpedaya dengan tipu helah mereka. Senang je.. dorang tak payah datang sini pujuk2 suruh pakai seksi pun. Tapi dorang cuma jadikan 'keseksian' tu sebagai satu 'ikon' atau 'keperluan' pada zaman moden ni. Kalau tak seksi, tak urban atau tak moden. Malah yang paling kesian, mereka yang menjaga aurat ni dikatakan adalah daripada golongan yang kolot, yang pangkat 'makcik-makcik' je...

Siti kat sini bukan nak jadi ustazah ye.. dan yang penting Siti bukan 'Siti Jarum' yang kat surat khabar tu...kang tak pasal2 blog Siti ni diserang plak... Cuma nak meluahkan rasa simpati kat mereka je... Harap2 sempena tahun baru ni, mereka semua akan berubah... Tak akan hilang peminat kalau mereka tu 'menutup' perhiasan2 mereka. Yang penting jadi artis ni kan menjual bakat, bukannya menjual 'tubuh' untuk tatapan orang lain... Sebenarnya kalau dah terlebih dedah ni bukannya jadi cantik, malah jadi makin 'murah' pulakkk... ni pendapat Siti la kan....

Tengok jelah artis2 wanita yang menjaga aurat seperti Heliza AF, Aishah, Wardina, Farah AF dan beberapa orang lagi. Diorang tetap boleh bergaya, mengikuti perkembangan fesyen, malah masih tak hilang peminat pun. Setuju tak??

Cantik mereka ni kan? Sejuk mata memandang...



8 comments:

Qarl said...

sgt sgt suke wardina

Nura said...

yeah..btul3...stuju sgt ngan pndpt siti...

Rina Rossoneri said...

suka wardina juga..

konon2 nak ikut trend,dorang kan artis sepatutnya dorang jadi trendsetter,boleh je nak pakai sopan.. tapi hmmm tu diri sendiri lah

kacang_panjang said...

nak femes xperlu seksi, dedah sane dedah sni...kasik kontroversi ade...buat malu jew sesame melayu...hu3

gud n3, kasi dorg sedar skit...

ijatnuar87 said...

ahaks...mmg setuju sangat2...seksi xmembuktikan kepopularan...baju singkat2 ni lebih menampakkan kepada zaman prasejarah dlu jek,hehehe

Siti Noraisyah said...

betul2, memang nak kene bagi kesedaran banyak2 ni. Tp masalahnya bila ada yg menegur, die akan kate "ala.. si anu tu lg seksi, xde org bising pun..."

Kang Suroto said...

Memang banyak sekali wanita rela membuka aurotnya untuk sebuah ketenaran dan kepuasan duniawi..
Nice posting..

Waheda Mahazer said...

sejuk perut ibu diorg ngandungkan diorg..seronok tgok..mnis jer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...