Photobucket Photobucket

Saturday, January 1, 2011

Contest: Gambar Kenangan Percutian 2010


Sepanjang tahun 2010 ni, banyak kali juga pergi bercuti.. Tapi kebanyakannya area Johor je, bukan ape.. malas nak drive jauh2.. heheee... Tapi dalam banyak2 percutian ni, ade satu yang Siti rasa percutian yang paling manis dan best! 

Ops! Sebelum tu, sesapa yang nak join contest anjuran deqlis, klik je kat banner di atas ye.. senang je syarat-syaratnya.. ^^ Jom pakat join ramai2... sama2 kita support contest deqlis!!

Nama percutian:
Malacca the Historical City

Percutian ni sangat istimewa sebab masa ni lah Siti dan BFF pergi bercuti bersama selepas lebih setahun tak jumpa..!! Bukan senang nak jumpa sebab masing2 ade komitmen kerja dan Siti pulak tinggal kat Johor. Jadi, masa cuti Thaipusam (hujung Januari) Siti dan BFF pun pakat2lah bercuti sama2..

Melaka menjadi pilihan sebab kedudukannya yang berada di tengah2 antara Johor dan KL.. so senang sikit..

Tempat penginapan:
Gerbang Seri Minyak, Resort Melaka
Rating: 4

Ini resort yang kami pilih. First time datang ke sini. Ape pun, tempatnya memang selesa dan bersih. Dekat dengan pantai, tapi pantai kat situ tak boleh nak mandi-manda.. huhuuu.. kalau memancing sesuaila kot... Yang penting, kedudukannya tak jauh dari medan selera ikan bakar Umbai, dan perjalanan nak ke sana pun tak sibuk, sebab lalu kawasan kampung.

Kemudahan asasnya pun lengkap. Bilik air, tandas bersih, luas (nak mandi ramai2 pun boleh, hahaha!), ada TV, pendingan hawa. Tapi nak makan kene keluarlah ye, sebab kat resort ni takde kantin atau cafe.. 

Destinasi makan malam:
Medan Ikan Bakar Umbai 
Rate: 5
 
Kenapa Siti bagi rate 5?? Sebab tempat makan ni memang best!! Meriah sangat... masa datang tu punyalah ramai manusia.... sampai nak parking pun susah. Tapi jangan risau, ade banyak tempat parking kat situ. Cuma kene pandai carilah.. heheee.. 

Kalau nak makan kt Umbai, Siti syorkan pergi kat kedai yang laing hujung. Siti lupalah ape nama kedai tu.. tapi kedai tu memang sebuah je, dia tak campur dengan medan makan yang ada. Makanan laut yang ada kat situ semuanya fresh! Ada ikan, sotong, udang, ketam... juz pilih, timbang, order jenis masakan yang kita nak, amik nombor meja, pastu juz duduk dan tunggu. 
Kami 6 orang, makan ikan siakap 2 ekor besar, udang besar 1 kilo setengah, sotong 2 kilo, sayur campur, tomyam, nasi putih, air jus1 jag, cuma RM200 je! Memang berbaloi... sampai tak larat nak habiskan... siap bungkus lagi sotong celup tepung bawak balik resort, hehehee..

Esok paginya, kami mulakan perjalanan ke Bandar Melaka. Rasa mcm kembali ke zaman silam pulak... heeeee.... ^^

Destinasi jalan-jalan:
 
 Depan Muzium Melaka. Kalau ke Melaka, tak singgah muzium memang tak sah!

 Dataran Pahlawan

 Dan inilah bukti yang Melaka dulu pernah dijajah oleh pihak Portugis..

 Best sangat!!

 Ini part yang memang tak boleh tinggal.. shoppinggggg!!!
Pose gediks tak hingat!!

Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar menarik kat Melaka ni.. tapi nanti penuh pulak entry ni kan... heheee... 

Oklah, rumusan daripada percutian ni:

Resort: 4
Makanan: 5
Kemudahan: 4
Kebersihan: 4
Extra info: Harga resort utk sehari semalam = RM80, dekat sangat dengan medan ikan bakar Umbai, then dekat medan ikan bakat tu ade bazar jual macam2 produk kraftangan yang cantik dan murah. Sesuai dibeli sebagai cenderamata.. ^^

Jom, sama2 sokong destinasi percutian di Malaysia.. !!

Tarikh tutup:
5 Januari 2011

2 comments:

deqlis said...

Salam Siti Noraisyah
salam kenai yer..ok semua complete...

wah!! mmg best percutian nie!!.. i like!!! Melaka mmg antara tempat percutian terbaik di M'sia..

gud luck yer ^__^

Siti Noraisyah said...

Salam perkenalan juga..^^
Thanks sbb komen, hehee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...