Photobucket Photobucket

Sunday, January 16, 2011

Nak jadi pencuri??

Sekarang ni dah mula belajar2 nak jadi pencurik. Ehhh!! Bukan pencurik harta atau pencurik yg penyamun tu ye... haaaa... kene jelaskan awal2 supaya tak de yang letak tanggapan negatif awal2, heeee.... So.. pencurik ape lagi ek?? Hmm... cepat.. cepat... Siti bagi tiga saat je utk fikir.

Satu.. dua.. tiga.. stop!!
Tak dapat kan?? Heee.... Actually Siti skrg tengah belajar nak jadi pencurik masa. Bukan ape.. rasa masa makin pantas je berlalu.. rasa mcm tak cukup... sampaikan nak buat aktiviti yang Siti suka seperti blogging ni pun dah kurang berkesempatan... So, memang kene pandai manage dan mencuri masa.

Kat sekolah sekarang ni memang tengah sibuk.. minggu akan datang ni dah mula latihan untuk sukan tahunan yang akan diadakan pada 3hb Feb akan datang (tak cutilah raya cina ni.. huhuhuu...). Habis sukan tahunan, ade "Pertandingan Akademik" antara sekolah-sekolah swasta pulak.... kali ni sekolah tempat Siti kerja jadi tuan rumah.... memang tak putus-putus kerja.... 

Sape kate jadi cikgu ni boleh 'goyang kaki'?? Rasanya kalau kat sekolah kementerian pun memang makin bertambah kerja, betul tak? Ditambah pulak dengan pelaksanaan KSSR (kurikulum standart sekolah rendah) yang baru ni... Ape lagi guru sekolah swasta macam Siti ni, yang memang sangat terhad kakitangannya.
Ape pun, kerja yang Siti buat ni adalah satu tanggungjawab dan amanah yang wajib dilaksanakan. Jadi, suka atau pun tidak, walaupun penat dan meletihkan, Siti tetap akan laksanakan sebaiknya. Sebab tu la sekarang ni, blogging dah jadi yang kedua. 

So anda pun, sambil seronok berblogging, jangan lupa tanggungjawab kita sebagai pekerja ye..^^

2 comments:

BUNGA said...

siti.. x der keje kosong ker kat sekolah tu.. hehe

Siti Noraisyah said...

ntahla ek... berminat ke? heee... kalau ade sesape nak apply boleh je cuba, lgpun skrg dh ade skolah menengah, keje pun dah makin banyak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...