Dah 3 hari Siti tak update entry baru. Sebab... Siti dan bff Siti pergi ke Perak menziarahi sorg lagi bff Siti - Cik Huda yang tak sihat. Dah 3 tahun lebih dia sakit.. dan kali ni dia balik berubat kat kampung halaman dia. Masa Cik Huda kt KL Siti tak sempat nak ziarah, so kebetulan kali ni Siti dan bff Siti tengah free, so kami pun plan ke sana.
Kami rancang untuk drive dari KL. So, SIti yang duk kat Johor ni kenelah ke KL dulu. Masih dalam awal minggu persekolahan, jadi Siti sangat sibuk sampai tak sempat nak beli tiket. Dah saat2 akhir, barulah Siti beli tiket dan perjalanan Siti ialah hari Jumaat, jam 6:15 ptg.
Hari Jumaat tu pulak, ade meeting guru2.. so nak tak nak kene attend jugak sbb ni mesyuarat pertama utk sesi 2011. Tapi dalam hati ni memang dah resah je.. meeting pun tak fokus. Akhirnya, meeting habis kul5 ptg. SIti pun terus balik dan packing ape yang patut.. kul6 ptg barulah Siti keluar, memang dah lambat sangat!! Tapi syukur Alhamdulillah... kul6:15 Siti sampai, bas belum ade. Pastu, rasa lapar pulakkk... adeh! Tak sempat nak makan tadi. Then, beli roti n air mineral je buat bekalan.
Jam 6:50pm, barulah bas ekspress ke KL sampai.. kalau tau lambat mcm ni, dah tentu Siti sempat nak makan.. huhuuu.. tp takpelah. Badan pun dah penat sangat, so naik je bas, Siti terus terlena sampailah ke KL.. Kt Terminal Bukit Jalil, Siti sorang2 je.. mujurlah dah biasa jugak ke sini, so buat muka mcm biase jela. Tunggu Nadet n Atun kt tepi terminal sorg2, sambil tengok gelagat2 orang kt KL ni. Kul11pm, barulah Nadet n Atun sampai...
Terus ke rumah Nadet kt Tmn Sri Gombak, Siti dah tak leh tahan mata lagi dah.. kemas2 ape yang patut, kami bertiga terus tido. Masing2 penat sbb siangnye kami semua kerja... Argh!! Tido2.......
Esoknye.... Siti sambung next entry.. heeee.... ^^
5 comments:
akak..umah lama kiter dulu kat sri gombak!!!huhuhu..dok fasa mana kwn akak tuh?!
akak pun xtau.. huhuu.. ade fasa2 ke? tak penah tanye plak.. heeee....
salam....name sy huda...1 of ct bff..terharu sungguh dgn cik ct n kwn2 yg bersusah payah dtg melawat sy di kpg..luV all so much..
salam....name sy huda...1 of ct bff..terharu sungguh dgn cik ct n kwn2 yg bersusah payah dtg melawat sy di kpg..luV all so much..
wahhh!! Huda pun dtg komen jugak.. heheee....
Post a Comment