Saturday, February 26, 2011

Akibat banyak sgt tengok TV...

Jadi cikgu ni, boleh dikatakan setiap hari Siti akan jumpa jawapan daripada murid yang pelik-pelik, lucu, dan buat geram pun ade.. yela.. lain yang diajar, lain yang dibuat.. Tapi itulah sebahagian daripada cabarannya. Sebab, murid ni tahapnya berbeza-beza, ade yang cepat menerima, dan ada yang agak lambat sikit. Sebagai guru, memang tanggungjawab kami untuk membantu murid-murid ni. 

Gambar kat atas tu adalah antara jawapan yang Siti rasa agak lucu. Bukan nak gelakkan atau nak mengejek murid ni.. cuma SIti nak tunjukkan kesan dan pengaruh rancangan televisyen dalam kehidupan murid-murid.
Susah nak baca? Siti translate kan la ea.. ^^

" Maafkan saya, Zombi kampung pisang Bolehkah kamu tolong saya Tak boleh saya taknak. Balikla Mei Lin. Saya taknak bawak buku. Saya nak pegi."
Dari mana murid ni dapat perkataan "Zombi kampung pisang" tu? Mestilah daripada TV kan? Hmm.. banyak lagi sebenarnya.. kadang-kadang Siti jumpa jawapan ada perkataan Naruto, Ultraman, Wonderpets dan macam-macam lagi... Itu belum lagi buku tulis yang penuh dengan contengan-contengan kartun... aihhhhh.. 

Sebenarnya, tak salah tengok TV, tengok kartun.. cuma, janganlah sampai pengaruh cerita kat TV tu beri kesan kat golongan kanak-kanak ni.. Sebab tu, kene selalu pantau rancangan TV yang mereka tengok, dan kene hadkan juga masa mereka kat depan TV tu.



1 comment:

zulkbo said...

salam..
adehhh..anak sapa la agaknya tu..
kira kreatif pada saya..bakal jadi
ustaz jika kena asuhannya..insyaallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...