Wednesday, February 9, 2011

Senarai makanan dan hikmahnya dalam Islam

Siti sangat suka makan. Cakaplah makanan ape pun, asalkan halal, Siti tak penah cerewet. Mak kata, Sitilah yang paling senang sekali bab makan ni.. heeee... Tapi, walaupun Siti tak cerewet, hal-hal tentang makanan yang elok dan tak elok pun kenelah ambil tahu kan? Yela.. makanan tu akan menjadi darah daging kita, so selain daripada boleh memberi kesan kat kesihatan kita, makanan juga boleh beri kesan kepada 'hati' kita. 

Sekarang, Siti nak share sikit tentang makanan dan hikmahnya dalam Islam. Mudah-mudahan ilmu yang sedikit ni boleh beri manfaat kepada kita semua.. ^^
 1. Epal hijau
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis, oleh itu ia baik untuk menyejukkan badan. Epal juga baik untuk menguatkan hati.

 2. Pisang
Pisang boleh menyejukkan badan dan boleh dimakan bersama madu lebah.

 3. Barli
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasullullah s.a.w pernah memberi sup barli kepada orang yang menhidap demam.

4. Roti
Roti yang paling bagus adalah yang diperbuat daripada gandum yang baik dan dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus apabila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum lebih mudah untuk dicernakan. Rasulullah s.a.w pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. Hormatilah roti itu dengan cara memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu"



7 comments:

Farhana Jafri said...

roti xboleh potong ngn pisau?!! waa frst tym tau sal ni!! nice entri!! suke bace!! ^^

jemput singgah sini ANASAURUS :)

deAnza-wAnda said...

eyh yeke... baru taw gak nehh... terbaek n3 neh... A++ buat kamOo...

Siti Noraisyah said...

Thanks farhana n deanza.. ^^
Siti pun baru tau gak ni.. so share kat sinila.. =)

zulkbo said...

salam cikgu..
terima kasih perkonsian..
ermmm...saya suka makan
pisang lah..yum..yumm

BUNGA said...

Baru tau pasal roti x blh potong dgn pisau.
Siti, nak sharing kat FB Apa Saja Untukmu ni boleh tak?

http://www.facebook.com/pages/Apa-Saja-Untuk-Mu/150243078353764

tq :)

karipapsayur said...

info yg bagus nih!

Join giveaway mudah!

Siti Noraisyah said...

Terima kasih semua.. ^^
Perkongsian yang kecil je ni.. ade lagi sebenarnya! Nanti Siti sambung kt next entry.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...