Tuesday, February 15, 2011

Santan BUKAN penyebab kolesterol tinggi!

Credit to Google Images
Selama ni kita selalu ditakut-takutkan tentang penggunaan santan kelapa dalam masakan. 

Nanti sakit jantung..!! Nanti kene strok..!! Nanti ko jadi gemok..!! Nanti..! Nanti..!! 

Ehh.. bape banyak NANTI daaa..... So, untuk elakkan kene semua penyakit tu, ada yang mengesyorkan supaya kita beralih kepada alternatif yang lebih berkhasiat dan sihat seperti susu cair atau susu segar. 

Tapi... rupa-rupanya semua tuduhan melampau terhadap SANTAN tu adalah TIDAK BENAR sama sekali!! Bahkan, penggunaan susu dalam masakan tu yang salah! Tersimpang jauh daripada amalan pemakanan Rasulullah! Kerana, menurut amalan pemakanan Rasulullah, baginda tidak akan minum susu sewaktu baginda makan ikan, daging atau pun ayam. Rujuk entry "Amalan Pemakanan Sihat mengikut Sunnah Rasulullah SAW" . Ini kita, siap tambah dalam kuah masak lemak ikan atau ayam... huuuuu~

Hakikatnya, penyakit jantung, strok dan obesiti yang dihadapi kebanyakan orang adalah berpunca daripada unsur lain dalam makanan seperti marjerin, mentega, burger, kerepek dan makanan terproses yang lain. Juga daripada santan segera yang diubahsuai dengan minyak terhidrogen. Santan asli sebenarnya jauh lebih baik daripada susu cair yang kita gunakan dalam masakan. Perlu kita ingat bahawa, Allah mencipta sesuatu itu tidak sia-sia, semuanya untuk manfaat manusia.

Credit to Google Images
Asid lemak di dalam santan adalah asid laurik, iaitu lemak yang sejenis dengan lemak yang banyak ditemui dalam susu ibu. Lemak ini sangat membantu dalam perkembangan otak dan menguatkan tulang. Selain itu, lemak di dalam santan terdiri daripada asid lemak rantaian sederhana (MCFA). Ia merupakan asid lemak perlu paling penting dalam membina dan mengekal sistem imun tubuh. 

Santan membekalkan sumber nutrisi yang sangat baik bagi mereka yang sedang menjalani proses penurunan berat badan. Ini kerana MCFA cepat diasimilasi ke dalam tubuh. Maksudnya, asid lemak ini tidak menjadi lemak di dalam tubuh sebagaimana yang berlaku kepada asid lemak rantaian panjang di dalam susu lembu.

Antara kebaikan-kebaikan santan kelapa asli:
  • Merupakan sumber nutrisi untuk memberi tenaga segera kepada tubuh.
  • Menyokong penyembuhan dan pembaikan tisu.
  • Baik untuk kesihatan gigi dan mulut.
  • Membantu menghindarkan penyakit hati.
  • Membantu menghindarkan obesiti dan masalah berat badan.
  • Baik untuk kesihatan kulit dan rambut.
  • Memperbaiki penghadaman dan penyerapan nutrisi lain termasuk vitamin, mineral dan asid amino.

Sumber: Majalah ANIS, Januari 2011.


2 comments:

Hanis MY said...

wahhh terima kasih atas perkongsian ni ct...

Siti Noraisyah said...

sama2 kak.. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...