Photobucket Photobucket

Monday, February 21, 2011

Keputusan STPM 2010


Alhamdulillah.. keputusan STPM 2010 dah pun diumumkan mulai jam 12 tengah hari tadi di sekolah-sekolah yang menjadi pusat peperiksaan. Mesti berdebar-debar masa nak ambil result tadi kan? Heee... teringat pengalaman masa Siti ambil keputusan dulu. Rasa dada ni macam nak pecah! Sebab degupan jantung masa tu memang dah laju sangat.. huhuuu....

Siti dulu adalah calon STPM 2002. Keputusan SIti takdelah bagus sangat.. walaupun 5 prinsipal, tapi 2 subjek je yang dapat A. Yang lain? Macam-macam ada.. heheee... Tapi masa tu persaingan tak ramai, kelas Siti pun pelajarnya tak sampai 30 orang. So, dapat jugaklah rasa masuk universiti dengan result yang tak seberapa tu. Sekarang, Siti tengok calon-calon STPM dah makin ramai. Jadi persaingan pun mesti dah makin sengit.

Ape pun, Siti doakan semoga yang mengambil keputusan hari ni, akan dapat teruskan pelajaran tak kiralah walau dalam bidang apa sekalipun. Kalau keputusan tak seperti yang diharapkan, jangan putus asa. Masih ada ruang lain lagi untuk kita terus berjaya. Mungkin Allah dah sediakan rezeki yang lebih baik. Dan bagi yang berjaya, tahniah ye.. semoga terus meniti kejayaan.. ^^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...