Selagi Siti bekerja sebagai guru, memang hal-hal murid nakal ni tak pernah terlepas dari perhatian Siti.. yela.. Siti bekerja kat sekolah swasta.. so ibu bapa ni ibarat 'majikan', murid-murid pula anak-anak majikan... so.. memang sgt pening kepala bila berdepan dengan hal ni...
Semalam, berlaku satu lagi kes yang melibatkan kecederaan. Kali ni antara murid tahun 2 pula.. Perkara ni berlaku selepas solat zuhur kat surau sekolah. Kebetulan, murid tahun 2 ni memang ade sorang murid yang hyper.. menjadikan murid kt sekolah ni 2 orang murid hyper, yang sorang lagi tu kat tahun 5.
Lepas je murid-murid ni solat, dengan pantauan daripada guru yang bertugas, macam biaselah, murid-murid ni akan mengaminkan doa yang dibaca imam. Tiba-tiba, terdengar murid menangis kuat kat saf belakang... rupa-rupanya, ade sorang murid lelaki ni dah tersembam mukanya kat lantai... bibir dia pulak dah berdarah-darah akibat pecah... Cikgu yang bertugas tu pun cepat-cepatlah rawat murid yang cedera ni. Then, lepas disoal-siasat, murid ni kata murid hyper tu yang tolak dia... Ishhhh....
Kami guru-guru ni memang dah risau.. sebab, murid hyper tu memang kami dah faham dengan perangai dia.. dia sebenarnya normal, cuma tangan dia tu mudah 'bergerak'. Kadang-kadang, kalau kami guru-guru tanye dia kenapa die suka pukul murid ni, murid tu.. jawapannya: "Sebab dia comel sangat....". Maksudnya kat sini, dia tak pernah berniat pun nak cederakan sesiapa, cuma mungkin disebabkan 'tenaga' dia yang agak luar biasa, dia rasa dia cuma tolak atau pukul sikit je.. padahal... hmm...
Walau ape pun, kami ni tetap panggil murid hyper tu, dan kaunseling dia... nak marah pun, dia masih kanak-kanak.. baru umur 8 tahun.. dan mungkin kalau marah, dia akan jadi lebih ganas, dan berdendam pulak dengan murid yang dia baru tolak tadi tu.... Si mangsa pula, dah menangis je... kebetulan, dia ni anak tunggal, so agak manja sikit... tak pandai nak melawan... kalau sesapa usik dia pun, dia cuma tahu menangis je... alahaii......
Itulah kan.. walau pemantauan dah dibuat, walau kita dah kawal seketat-ketatnya... hal dah nak berlaku, kita tak de kuasa nak halang... tambahan pula, murid-murid kat sekolah ni bukan sorang dua, dan semuanya pun datang dari latar belakang keluarga yang berbeza-beza, cara didikan, cara pergaulan, cara hidup di rumah, semua tu memberi kesan dan membentuk perangai murid yang bermacam-macam... walau sekolah agama pun, kita tak leh nak harap yang murid-murid ni semuanya 'baik' dan jenis yang dengar kata. Kene ingat, mereka ni kanak-kanak... dan fitrah kanak-kanak ni memang suka bermain, bergurau, dan leka dengan aktiviti sendiri. Marahlah macam mane pun, berhentinya masa kita marah je... lepas kita diam, dorang buat lagi...
Haishhh.... itulah yang ibu bapa selalu tak faham.. mereka anggap, apabila anak tu baik kat rumah, baiklah juga dia kat sekolah... dan apabila kat rumah anak tu pernah diusik, kat sekolah pun dia tak boleh diusik juga... Bukanlah nak menyalahkan mereka dan mengelak daripada tanggungjawab.. cuma... nak semua orang faham, yang kami guru-guru ni tak pernah langsung mengabaikan murid-murid kami... setiap masa, setiap saat, tak pernah berhenti daripada memikirkan masalah-masalah murid ni.
Ye, Siti faham. Semua ibu bapa pasti sayangkan anak-anak mereka. Kami guru-guru ni pun kebanyakannya adalah ibu bapa juga. Err.. kecuali Siti la ye.. Siti belum lagi.. heeee...... Tapi, setakat kene tolak, terjatuh, itu kan proses biasa untuk kanak-kanak.... daripada hal-hal kecik macam tu la mereka akan belajar tentang kehidupan.. tentang apa yang selamat, dan apa yang bahaya, tentang macam mana nak mempertahan diri, tentang keberanian, tentang berdepan dengan cabaran.. Kalau kene tolak sikit pun mak ayah dah datang sekolah, marah-marah kat menolak tu.. kesannya pada masa depan, anak tu mungkin tak akan pandai mempertahankan diri dia sendiri, sebab dia sentiasa ada pembela, sentiasa ada orang yang mempertahankan dia...
Hm.. dah terlebih emo pulak.... Dulu, Siti pun tak faham. Bila dah bekerja dalam institusi pendidikan ni, barulah Siti faham. Dan, Siti dah tahu kenapa ada ramai anak muda sekarang ni yang tak kuat berdepan dengan cabaran dan dugaan dunia. Mudah terjebak dengan gejala-gejala yang negatif. Puncanya adalah 'kasih sayang' yang tidak kene pada tempatnya.
Cukuplah sampai setakat ni dulu. Makin dibiar, makin panjang pulak entry ni.. heeeee...... itulah serba sedikit pengalaman kerja Siti... So, jadi guru ni bukan sekadar buka buku teks, dan ajar membaca, mengira, menulis je tau. Tapi tanggungjawab bidang perguruan ni lebih besar dan luar dari itu. Tugas kami adalah satu amanah, dan amanah itu, perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
No comments:
Post a Comment