Saturday, February 19, 2011

Rutin hari cuti Siti

Alhamdulillah... minggu ni, hari Sabtu dan Ahad takde ape-ape aktiviti kat sekolah. So, bolehla bercuti dengan tenang. Kalau tak tu.. ade je program kat sekolah.. belum kira kursus, kelas tambahan, aktiviti koko.. huh! Memang susah nak rasa nikmat cuti...

Dan, bila ade je peluang cuti walau sehari, korang rasa Siti akan bangun tido lepas matahari betul-betul terpacak kat tengah langit? Hahaha! Masa belajar dulu memang selalu macam tu.. Tapi sekarang, walaupun hari cuti, pas subuh memang takde peluang nak tido balik.... Kalau tido jugak, kompom mak akan gegar pintu bilik anak daranya ni... huhuhuuu~

So, sebagai anak mak yang baik... lepas mak dah siap uruskan ayam ternakannya, buka pintu reban, bagi makanan kat ayam-ayam tu... Siti akan bawa mak beli bahan-bahan basah untuk masak tengahari atau pun untuk simpanan. Kadang-kadang tu, kene beli untuk stok seminggu. Sebab, hari Sabtu dan Ahad jelah yang dapat pegi pasar pagi-pagi dan dapat ikan fresh dari laut...


Pasar yang Siti pegi ni tak jauh.. setakat depan kampung je.. Sebenarnya, bukanlah 'pasar' sangat... Tapi, ade pakcik ni dia memang selalu jual ikan, sayur dan macam-macam bahan lagi kat port jualan die ni. Dah lama dah Pakcik Bakar ni meniaga kat sini, kalau tak silap sejak Siti masih dalam tingkatan 1. Tapi masa tu takdelah besar macam ni.. dulu Pakcik Bakar jual ikan bawah payung je.. pastu bawa van kecik. Sekarang... dah macam Tesco dah, macam-macam ada! Van yang buruk dulu tu pun dah berganti dengan lori yang lebih besar dan selesa.


Dah siap pilih ikan dan sayur, mak terpandang pulak pisang tanduk ni.. Memang feveret mak nih! Tak mahal, sekilo RM2.80. Mak beli 5 biji, petang ni nak goreng buat kerepek.. hehehee... 
 

Tengok, syok sangat pilih pisang sampai tak nampak anak daranya ni tengah amik gambar. Hahaha! Satu lagi yang SIti kagum kat sini kan, bukan setakat orang kampung je yang keluar membeli kat sini, orang dari kampung dan taman-taman lain pun datang jugak. Bangsa Cina, India pun ade. Kiranya memang dah terkenallah ikan jualan Pakcik Bakar ni. Sebabnya, ikan dia memang fresh + sangat murah (compare dengan harga ikan kat kedai-kedai lain).

Ingat nak amik gak gambar Pakcik Bakar, tapi... takut die tak suka pulak.. heeeeee.... Lain kali la ye... ^^

2 comments:

.nuruashia. said...

wawhh. bagusnyee die pegi pasar ngn mak ehehhe. anak yg baik :D

shidah said...

Eh,,kebetulan pg td pn sy g pasar pakcik bakar nie gak..hehehe...btul tue siti, lgpun ikan2 kat sini murah2 kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...