Photobucket Photobucket

Sunday, February 27, 2011

Tips nak dapat kulit gebu+licin+bebas drpd jerawat

 Murid-murid Siti selalu amik kesempatan dgn cuit-cuit pipi Siti.. (murid perempuan ye...). Kalau SIti tanye: "Kenapa cuit-cuit pipi cikgu?" Dorang jawab: "Pipi cikgu licinlaa...."
Sebenarnya takdelah licin sangat pun.. cuma setakat ni, alhamdulillah, kulit muka Siti takde masalah jerawat. Kalau ade keluar jerawat pun, jerawat pemanis muka je.. heeee... ^^

Nak kata Siti amalkan apa-apa petua khusus, tak juga.. Yela, semua ni anugerah Allah.. dan Siti sangat bersyukur.

Cuma, ade jugaklah beberapa langkah pencegahan yang Siti amalkan. Mencegah tu lebih baik daripada merawat. Ape pun, sebgaai manusia, kita hanya berusaha, yang memberi hanyalah Allah s.w.t.

Air kosong - Bangun tido, jangan terus belek muka kat cermin. Sebaliknya, minum segelas air kosong, dimulakan dengan lafaz "Bismillah...". Dan, untuk waktu-waktu yang lain pun kenalah minum air jugak. Jangan mengharapkan segelas air kosong ni je, dah boleh berseri muka tu...

Cuci muka - Waktu cuci muka dengan ape-ape pencuci pun, janganlah sental muka tu kasar sangat. Sebab, kulit muka tu sangat sensitif dan nipis, lainlah kalau kulit badan atau kulit kat tumit kaki tu, bolehla sental kuat-kuat. Sebaliknya, cuci dengan gerakan bulatan, mula dari bahagian dagu, pipi, hidung dan dahi. Gerakan ini juga membantu melancarkan pergerakan darah. Apabila perjalanan darah lancar, muka pun akan jadi berseri-seri gitu... heeee.... ^^ Sejak sekolah menengah sampailah sekarang, Siti masih kekal setia dengan jenama pencuci yang sama iaitu Biore.

Scrub - Siti memang amalkan scrub muka. Tapi bukan setiap hari. Dalam seminggu tu, mungkin dalam 2@3 kali je. Pilih scrub yang tak terlalu kasar butirannya. Contoh scrub yang Siti pakai ialah jenama St. Ives. 

Penyegar - Memang penting sekali untuk sapu toner atau penyegar selepas mencuci muka. Sebab, toner tu berfungsi sebagai penanggal sisa-sisa bahan pencuci yang tertinggal dalam pori-pori kulit masa kita mencuci tadi. Satu lagi, toner juga membantu mengecilkan pori-pori yang terbuka semasa proses memcuci. Tak payah letak toner banyak-banyak.. memadailah setakat basah kat tengah kapas muka tu... Untuk toner ni, SIti guna yang murah-murah je, jenama Safi Balqis.

Pelembab - Kene pastikan yang pelembab tu sesuai dengan kulit muka. Kalau muka jenis yang berminyak dan mudah berjerawat, lebih baik sapu sunblock je sebelum keluar. Sebab, pelembab akan menggalakkan lagi pengeluaran minyak kat muka. Atau pun, cubalah cari pelembab yang memang khusus untuk yang bermasalah jerawat. Kalau Siti, sejak sekolah lagi SIti pakai krim Olay. Alhamdulillah, serasi dengan kulit Siti.

Serum - Siti baru je amalkan pemakaian serum Olay White Radiance. Itu pun, sebab nak pudarkan jeragat. Tak tahu lagi kesannya macam mana, sebab baru amalkan 2 minggu. 

Makan - Masa belajar dulu, SIti emmang kerap makan makanan segera, kesannya.. kulit muka pun jadi mudah berjerawat dan kusam. Tapi sejak duduk dengan mak dan selalu makan masakan sendiri, masalah tu dah takde dah. Kesimpulannya, apa yang kita makan memang akan memberi kesan kepada luaran kita. Yela, kalau dalaman (sistem tubuh) kita tak sihat atau terganggu, macam mana luaran kita nak sihat kan? Jadi, kurangkanlah makan dekat luar. Lagipun, kita tak tahu bahan ape yang ada dalam makanan tu.. 

Ulam, sayur dan buah - Cuba kita perhatikan sekeliling kita, kenapa Allah ciptakan tumbuh-tumbuhan lebih banyak daripada haiwan dan manusia? Pastinya sebab manfaatnya lebih banyak untuk kita. Jadi kenapa kita nak mengelak daripada makan ulam, sayur dan buah? Allah tak menciptakan sesuatu tu dengan sia-sia, pasti ada kelebihannya untuk manusia. Tak payah cari yang mahal-mahal contohnya yang diimport tu.. yang tempatan sebenarnya lebih banyak khasiatnya.

Senyum - Senyum itu sedekah.. senyum itu juga ubat kesedihan yang paling mujarab. Tapi janganlah beri senyuman yang palsu atau senyuman menyindir. Sebab, senyuman-senyuman macam tu langsung tak memberi faedah. 

Berdoa - sebenarnya, walau ape pun yang kita buat, janganlah sesekali kita membelakangkan Allah. Walau dalam hal-hal seperti nak memutihkan kulit, melicinkan kulit, nak kurus, nak ramping.. mintak jelah dengan Allah. Caranya, dah tentulah dengan berdoa. Kadang-kadang, kita terlalu yakin dengan sesuatu produk atau sesuatu petua tu sampai kita lupa, bahawa semua tu tak akan berhasil kalau Allah tak mengizinkan. Jadi, sebelum pakai atau sapu ape2 krim tu, bacalah bismillah... dan kalau kulit kita betul-betul putih, gebu, licin kerana amalan pakai krim tu, ingat... bukan krim tu yang memutihkan kulit kita, tetapi Allah s.w.t.




4 comments:

cik fara said...

thx . tips yang berguna nih :)

Siti Noraisyah said...

Jom sama2 amalkan.. heee... ^^

Cik Bambam said...

kiter PEMALAS nak buh benda2 kat muka kak..stakat basuh muka n scrub jek..heheheheh.. tuh kulit x cantik tulus mulus macam kakak manis..huahuahua..

AdaNaz87 said...

paling suka tips yang terakhir. (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...