Credit to Google Images |
Dah terang dan nyata bahawa menyambut Valentine's Day tu adalah HARAM bagi seluruh umat Islam. Tak kiralah ape pun niatnya, yang haram tetap haram. Samalah juga jika kita menyambut sambutan tahun baru masihi, Krismas, Deepavali dan apa juga perayaan agama lain. Cuma, kita hanya menghormati sesiapa yang menyambutnya dengan penghormatan sebagai manusia dengan manusia. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia adalah dari kaum tersebut." (Riwayat Tarmidzi)
Mungkin, ada yang beranggapan bahawa sambutan hari Valentine bukanlah sejenis perayaan seperti Krismas atau Deepavali. Tapi, jika kita selidik dan banyakkan membaca sejarah-sejarah sambutan Valentine's Day ni, kita akan jumpe beberapa versi yang berbeza. Siti sendiri, sambil-sambil blogwalking tadi terbaca 4 versi tentang sejarah sambutan ni.
Versi 1:
Berasal drpd pesta sambutan Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dipanggil Lupercalia.
Versi 2:
Tarikh kematian paderi Kristian bernama St. Valentine yang dibunuh oleh Raja Rom.
Versi 3:
Sempena kejatuhan kerajaan Islam di Andalusia (Sepanyol).
Versi 4:
Pendapat tradisi orang Inggeris bahawa burung-burung akan mengawan pada 14hb Februari.
Jadi, jelaslah bahawa ia memang sangat berkait rapat dengan agama lain. Disebabkan itu, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.
Jadi, tak payahlah kita sebagai orang Islam ni nak membazir-bazir masa dan duit untuk sambut perayaan yang sememangnya haram ni. Lagipun, ade banyak lagi cara untuk kita rai atau menghargai orang yang kita sayang. Lebih baik kita sambut dan kenang Hari Kelahiran Rasulullah kita, Nabi Muhammad SAW yang jatuh pada 15hb Februari ni. Sama-samalah kita berselawat ke atas nabi dan kembali kepada ajaran Islam.
*Sumber daripada Majalah Anis Februari 2011 dan Blog Krai Utara.
No comments:
Post a Comment