Rasanya dah 3 hari Siti tak sempat nak blogwalking. Kalau online pun, setakat update entry kontot. Itu pun sebab sebelum tahun 2011 dulu Siti dah berazam nak update paling kurang pun satu hari satu entry.. heee.... Jadi, walau sibuk macam mana pun Siti tetap usahakan... InsyaAllah...
Sekarang ni, dah terlepas daripada salah satu bebanan kat sekolah, sebab jawatan setiausaha PIBG tu dah pun dipindahkan kepada setiausaha yang baru (suke! suke!). Lepas ni dah tak payah pening-pening kepala berurusan dengan 'pihak' yang banyak 'songeh' + suka mengarah je tu..!! Yela, dah 2 tahun SIti pegang jawatan tu.. dah macam-macam liku yang Siti lalui... Cuma, kebaikannya, Siti dah semakin mahir mengurus organisasi. Tapi, yang kecil jela.... haha!
So, kepada yang dah 'terjah' and dah follow blog Siti ni, InsyaAllah Siti akan balas kunjungan anda. Tapi, terus-terang Siti bagitau yang Siti tak amalkan "U Follow, I Follow U Back". Kalau SIti rasa blog tu menarik, ada 'isi' dalam penulisannya, dan bahasa yang 'sedap-sedap elok', Siti akan follow la ye.. Kalau sebaliknya.. hm.. terus Siti pilih 'X' besar kt atas tu..
Bukan sombong tau... tapi Siti taknak follow menonong je.. sebab, pernah ada satu blog yang follow Siti, bila Siti pergi blog dia pulak, isi penulisannya ada unsur-unsur 18sx.. kelucahan yang Siti memang tak boleh terima.. so, jangan harap Siti nak follow balik ye....
Haishhhh... jadi panjang plak entry ni.. kang tak sempat nak BW.. heeee... Ape pun, thanks kepada yang support masa Siti dalam kebingungan. So, kalau ade blogger yang anjur GA atau Contest tu, jangan lupa tag Siti ya! Tengah bersemangat nak join nih!
No comments:
Post a Comment