Gambar dalam kelas masa program kepimpinan. Yang tengah berdiri tu, Siti ler.. hehee...
Menjadi seorang guru ni secara tak langsung membuatkan Siti lebih memahami dunia kanak-kanak. Biaselah, nama pun kanak-kanak kan? Nakal.. suka bermain.. memang sifat mereka. So, macam mane nak tackle murid-murid yang nakal ni supaya beri perhatian masa mengajar??
Sebenarnya, memang susah nak tackle murid-murid yang nakal ni.. sebab, murid-murid ni lebih suka bermain dan buat bising dalam kelas. Kalau dimarah pun, diamnya cuma sekejab je. Bila kita pusing ke lain je, die dah buat perangai balik....
Mula-mula jadi cikgu dulu, memang susah nak bersabar.. yela.. Siti ni adik cuma sorang je, pastu adik beradik yang lain semua duduk kat asrama, ditambah pula dengan jarak usia yang jauh. So, Siti takde langsung pengalaman mengurus atau bercampur dengan kanak-kanak. Memang rasa nak marah je, pastu rasa stress.
Tapi, melalui pengalaman, barulah Siti faham yang sifat kanak-kanak ni tak sama. Ade yang kita marah sekali dia boleh faham dan terus duduk. Tapi ade pulak jenis yang makin kita berkeras makin menjadi-jadi nakalnya. Jadi, mula-mula sekali Siti perlu kenali perangai, kekuatan dan kelemahan murid tu dulu.
Biasanya, minggu pertama sesi sekolah tu memang Siti gunakan untuk kenali murid-murid Siti. Terutamanya murid tahun satu. Caranya, Siti bagi satu aktiviti ringan seperti melukis atau mewarna, lepas tu perhatikan sama ada murid-murid tu boleh terima arahan dengan cepat atau tak. Tapi, aktiviti ni tak boleh buat sekali je. Mungkin kene buat dua atau tiga aktiviti yang berbeza, tapi sesuai dengan tahap murid-murid tu.
Walau ape pun, Siti akan cuba untuk tidak mengabaikan atau memulaukan murid-murid yang nakal ni. Sebabnya, mereka ni ada potensi, sebab kebanyakannya memang bijak-bijak. Cuma, mereka sangat aktif dan sangat suka bermain je.. jadi, susah nak beri tumpuan kat kelas.
Lain guru, mungkin lain caranya. Dan Siti sangat kagum dengan guru-guru yang lebih berpengalaman daripda Siti. Nampak mudah je nak mengurus kelas... Tak macam Siti.. huhuu... Cuma Siti harap, pasni Siti boleh jadi guru yang lebih bersabar. Kalau boleh, memang taknak garang-garang... Kesian jugak bila tengok muka murid yang kene marah ni.. nampak sedih je.. pastu nanti Siti pun jadi sedih.. heeee.... ^^
No comments:
Post a Comment