Photobucket Photobucket

Saturday, February 12, 2011

Maaf.. saya sibuk...

Credit to Google images
Secara peribadi, tahun 2011 ni memang tahun yang Siti sangat 'Super Buzy'' kat sekolah... kesibukan pada tahap yang Melampau!! Kenapa?? Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni, awal tahun cuma sibuk pada minggu-minggu pertama je. Yela, masa tu banyak yang nak diuruskan sebab sesi sekolah baru je bermula. Tapi tahun ni..... dah masuk bulan 2, tapi kerja makin bertambah-tambah.... Ohhh!! What the........ (please jangan sangka yang Siti akan mencarut ye..)

Ye.. ye.. Siti tahu.. Siti ni seorang guru + guru kelas + guru BM tahun 6 + Ketua Panitia BM+ setiausaha PIBG, sebab tu la keje jadi banyak...... ditambah lagi dengan program-program sekolah yang akan diadakan dalam masa terdekat ni... pertandingan itu ini.. acara itu ini... semua tu memerlukan tenaga dan idea Siti sebagai AJK. Bukan Siti sorang je yang busy.. guru-guru lain pun sama... Mesti pelik kan?? Jadi cikgu pun boleh sibuk macam ni ke?? Bukan ke jadi cikgu ni keje sikit.. pastu cuti banyak?? Yes! Itu adalah tanggapan orang yang tak pernah berada dalam bidang perguruan. Kalau adelah family atau kawan-kawan yang jadi cikgu, cuba tanye sikit, jadi cikgu ni banyak masa free ke??

Tapi tak tahu la kan.. sebab Siti bekerja kat sekolah agama swasta. Kakitangan sangat terhad... So, pusing-pusing pun orang tu je yang ade untuk buat kerja. Sebab tu jangan terkejut, kalau sorang guru tu pegang macam-macam jawatan dan tugas. Pastu, sesi sekolah kat sini mula dari jam 7:25 am - 4:00 pm. Balik rumah pun belum tentu free. Sebab, kadang-kadang kalau tak sempat nak tanda buku murid kat sekolah, buku-buku tu Siti akan bawa balik. So, kat umah pun still bekerja lagi. Kalah orang yang keje office kan? Hari cuti pula, adalah hari bekerja untuk kami. Mesyuarat, kursus-kursus, atau program-program lain, wajib datang. So, korang rasa keje Siti ni 'main-main' tak?

Bukan nak mengungkit ye.. cuma nak luahkan rasa geram dengan sesetengah pihak yang anggap Siti ni banyak masa 'free'. So, boleh disuruh buat itu dan ini... kalau tak sempurna, dihentam pulak.... Siti manusia biasa, banyak sangat kelemahan dan kekurangan. Hanya mampu untuk berusaha dan cuba. 

Huh! Sekarang ni Siti tengah bertungkus-lumus menyelesaikan dokumen-dokumen untuk dibentangkan pada mesyuarat PIBG 15hb Februari ni. Pening.. pening.. Sebab, masa sangat terhad dah... Dan bila Siti dah pening, Siti akan ada banyak idea untuk menaip entry kat sini. Nak membebel takde sape nak dengar, maka... di sinilah tempat yang terbaik untuk luahkan segala yang terbuku di hati... agaknya, kalau takde blog ni, hidup Siti pasti penuh dengan tekanan, lama-lama leh jadi gila. Huhuuuuu... takutttt...... 

Credit to Google images


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...