Sunday, February 13, 2011

"Saya Blogger JOHOR"




Woooo~ Sangat teruja dengan segmen "Saya Blogger mana?" ni..

Yela.. nak kenal gak dengan blogger2 Johor, manelah tahu nanti ade yang nak buat gathering kat Johor kan? Heee.... Tapi bukan bermakna Siti tak nak campur dengan blogger drpd negeri lain tau... Takde istilah 'kenegerian' kat sini, sebab tak kiralah blogger negeri mane pun, kita tetap bersatu dibawah 'payung' pentadbiran yang sama.. ^^

Aishhh.. nak kene jawab soalan-soalan cepumas ni dulu.. heee...
1~ siapa nama anda..
Di kalangan blogger, Siti lebih suka memperkenalkan diri dengan panggilan SITI. Pendek, ringkas dan mudah orang nak sebut.. ^^ 

2~ sudah berapa lamakah anda terjebak dalam dunia blog..
Hm.. pejam.. celik.. pejam.. celik.. dah 3 tahun rupenya... Tapi awal-awal dulu boleh dikira dengan jari berapa kali je Siti update entry. Hehehee.. Sejak bulan Disember 2010, Siti mula aktif dan semakin serius dengan dunia blog ni.. ^^

3~ anda tinggal di daerah mana dan dimana anda sekarang?

Ni nak kene explain panjang lebar ni.. heee.. Okla, Siti ringkaskan je. Siti tinggal kat Kampung Shaari blok 3, Simpang Renggam, Kluang, Johor.  Simpang Renggam ni terletak di tengah-tengah antara Pekan Air Hitam dan Kulai Jaya. 

4~di mana tempat istimewa di daerah anda? 
Tempat yang istimewa sangat tu takdela.. sebab pekan pun kecik je.. Tapi kalau nak beli kerepek-kerepek seperti kerepek ubi, kerepek pisang, rempeyek, dan kuih-kuih tradisional yang lain, haa.... kat sini memang famous. Orang dari Singapura selalu beli kat IKS Simpang Renggam ni. 
Satu lagi ialah kat pekan Air Hitam. Terkenal dengan jolokan 'pekan seramik' sebab memang banyak seramik-seramik termasuklah pasu, cenderahati perkahwinan dan lain-lain ada dijual kat sini. So, kalau ade yang bakal bertunang atau berkahwin, bolehlah borong kat sini, memang murah-murah dan banyak pilihan... ^^

5~ harapan anda dalam dunia blog?
Nak dikenali sebagai blogger yang ikhlas dalam penulisan. InsyaAllah... ^^  


6 comments:

BUNGA said...

saya pun blogger johor jugak.. hehe

Cik Reena Tan said...

eheh~ thanx join.. siti tinggalkan link entry ni kt blog reena ye.. senang nnt rina nak buat list blogger negeri.. :)

niway, pak ngah rina pon duk kluang. kt taman muhibbah.. :)

Rapunzil Özil said...

hy siti, sy blogger johor jgk! :)

http://mutiarawarnasari.blogspot.com/2011/01/saya-blogger-johor.html

shidah said...

wah...menarik nie..nak wat gak la...

Adib said...

saya pun orang johor jugak..:)

Ubaidullah Jaafar said...

Assalamualaikum , nice =) Saya dari johor =)

http://www.ubaidullahjaafar.my/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri-johor.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...