Monday, February 21, 2011

Bestnye makan kerepek pisang dan rempeyek

Sambil fikirkan idea untuk update blog, terpandanglah pulak kerepek rempeyek + kerepek pisang tanduk yang mak buat ni. So, ape salahnya kalau buat entry tentang dua jenis makanan ni kan? Sambil minum petang, sambil update entry.. bagus tak? hehehee.....

Rasanya semua dah biasa dengan dua jenis kerepek ni. Time musim-musim perayaan, musim majlis kawen, memang 'hot market' dua makanan ni. Modal bahan tak besar, cara buat pun tak susah. 
Kerepek rempeyek lebih sinonim dengan masyarat Jawa. Kalau nak tahu, rempeyek ni yang ade kacang tanah berbiji-biji tu, manakala ade sejenis lagi kerepek yang seakan-akan 'rempeyek' tapi menggunakan kacang hijau. Haaa.. yang letak kacang hijau tu namanya 'tumpi'. Jadi, biasanya masyarakat Jawa akan menyebut 'Tumpi Rempeyek' yang merujuk kepada dua jenis kerepek tadi tu... Sebab, biasanya kalau ade tumpi, mesti ade rempeyek.

Cara buat dan bahan-bahan yang digunakan untuk kedua-dua jenis kerepek ni sama, cuma yang membezakan ialah penggunaan kacang tanah dan kacang hijau. Bahan-bahannya ialah tepung beras, santan, garam, jintan manis, ikan bilis/udang kering dan kacang hijau atau kacang tanah. Semua bahan ni disatukan, kecuali kacang tanah / kacang hijau, tapi jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Kemudian, ceduk sikit dengan menggunakan acuan rempeyek, tabur kacang di atasnya, dan masukkan dalam kuali yang berisi minyak panas.

Zaman sekarang dah senang, sebab ada acuan bulat tu. Kalau masyarakat dulu, mereka akan meratakan bancuhan tadi kat tepi dinding kuali (bukan dalam minyak panas), pastu minyak panas tadi akan disiram kat keliling tepi kuali, sampailah kerepek tu tanggal dan masuk ke dalam minyak panas. Sebab tu la, tumpi dan rempeyek dulu-dulu saiznya lebih lebar tetapi nipis.
Satu lagi yang best tentang tumpi dan rempeyek ni, masyarakat kampung dulu-dulu, mereka akan saming berkongsi bahan-bahan. Maksudnya, orang ni akan beli tepung beras, pastu orang tu pulak akan beli kacang-kacang, orang sana akan beli ikan bilis dan begitulah seterusnya. Kemudian, bahan-bahan ni akan disatukan, dan mereka akan buat secara bergotong-royong kat luar rumah menggunakan dapur kayu dan kawah yang besar. Lepas siap, kerepek tadi akan dibahagikan sama rata. Sebab tu lah masyarakat kampung dulu hidupnya sangat harmoni dan bermuafakat kan?

Masa arwah nenek masih ada, sempat jugaklah Siti rasa pengalaman macam tu. Tapi sejak nenek dah takde ni.. dah tak penah lagi dah... melainkan time rewang untuk kenduri-kendara je.. 
Hm.. sedar-sedar, rempeyek dan kerepek pisang yang Siti makan sambil menaip ni dah pun habis... Tak terasa pulak sebab makan sambil menaip kan? Hehehehe.... habis berminyak-minyak keyboard ni ha....! Hishhhhh....

Moral hari ini, janganlah kita asik makan jajan-jajan yang ade kat pasaran tu.. baik kita makan kerepek warisan Melayu ni. Kalau bukan kita yang nak makan, sape lagi kan?
Nota: Jajan - istilah bahasa Jawa yang bermaksud makanan ringan... ^^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...