Wednesday, February 23, 2011

Kemerosotan keputusan STPM 2010 akan dikaji

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Kementerian Pelajaran akan mengkaji punca kemerosotan peratusan lulus penuh Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010 di seluruh negara yang diumumkan semalam.
Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kementerian akan menyediakan analisis bagi mengenal pasti punca penurunan peratusan lulus penuh itu sebelum tindakan seterusnya diambil.
Selain itu, kata beliau, tindakan menempatkan guru berpengalaman dan berkualiti di luar bandar tidak semestinya langkah tepat untuk merapatkan jurang prestasi antara calon bandar dan luar bandar.
"Kebanyakan sekolah di luar bandar mahupun di kawasan pedalaman mempunyai guru yang berpengalaman mengajar lebih daripada lima tahun dan bukanlah hanya dipenuhi dengan guru baru lepasan maktab sahaja.
"Masih banyak perkara yang perlu dikaji sebelum mengambil tindakan bagi memastikan ia benar-benar berkesan dan memastikan keputusan lulus penuh dapat ditingkatkan semula," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Berita penuh-----> Utusan Malaysia Online: Kemerosotan keputusan STPM 2010 akan dikaji

Ulasan Siti:

Hm.. macam manelah tak merosot.. kat TV sekarang macam-macam hiburan ade.. rancangan realiti je dah berbagai-bagai.. Mentor, AF, Raja Lawak.. semua tu rancangan memang tujuannya nak menarik perhatian golongan muda. Belum lagi drama-drama bersiri yang panjang berjela.. Pastu kat luar pun dugaan bertambah banyak.. Dengan konsert la.. karaoke la... haihhhh... Berapa banyak masa laaaa nak study kan?



1 comment:

Nur Farah Hani said...

heheheh.. tau tak apa... da nak merosot nak buat macam mana.. terlalu banyak sangat hiburan skang.. tak pun cikgu y mengajar tak bagus.. ataupun murid sendiri y takder effort nak buat bebetul.. konklusionnya benda macm ni memang tak boleh nak salahkan sesiapa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...