Saturday, February 19, 2011

"Cikgu pandai masak tak?"

Semalam, Siti mengajar kelas tambahan malam untuk subjek BM tahun 6.  Kelas mula jam 8:00pm sampailah jam 10:30pm. Yela.. UPSR dah makin dekat, kelas malam pun dah bermula dah... Murid kat kelas Tahun 6 ni takdelah ramai sangat, setakat 26 orang je. Tu pun ade beberapa orang murid yang tak dapat datang sebab rumah jauh. 

Dipendekkan cerita, bila dah pukul 10:00pm tu, mata murid-murid ni pun memasing dah kuyu, mengantok dan letihla tu.. So, Siti pun buatlah sesi bual-bual dengan dorang, lagipun malam pertama ni tak banyak sangat yang Siti ajar. 
Memang dah jadi kegemaran dorang ni berbual agaknye.. (mcm cikgunye jugakkk...). Mata yang kuyu mengantok tadi, terus jadi bulat dan segar bugar! Hishhhh.... Macam-macam soalan yang dorang ni tanye. Tapi takde sorang pun tanye yang berkaitan dengan kelas malam tu... Antara perbualan Siti dengan mereka:

Murid: "Cikgu, cikgu pandai masak tak?"
Siti: "Emmm... tak!"
Murid: "Ishhh... patutlah cikgu tak kawen-kawen lagi..."

Dushhhh!! Rasa macam ade batu jatuh kat kepala la..... adehhhh.... Buat pengetahuan semua, Siti ni sebenarnya pandai masak, jawapan "Tak" kat murid tu saje je.. sebab tak nak dorang soal lagi banyak... 

Murid: "Cikgu, anak dara kene pandai masak tau."
Siti: "Ye.. cikgu pandai la.. tadi saje je... "
Murid: "Haaa.. saya tau.. cikgu pandai masak air je kan? Hehehee.... "

Wah..wahhhh... bukan main lagi mudak-budak ni.. tu yang Siti malas nak berbual dengan dorang ni.. macam-macam yang Siti kene.... So, akhirnya, Siti berhentikan terus sesi berbual-bual tu.. kalau tak disekat, ntah ape-ape lagi yang dorang cakap.. adoyaiiiii.....


 

2 comments:

muka oreng said...

wwakakakkakakka :D budak skang bikin pening kepala. penyeri sekolah

Siti Noraisyah said...

muka oreng: betul tu, kalau xde murid2 ni, sunyi rasanya...^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...