Sunday, February 27, 2011

Kenape perempuan geli dengan katak, tikus dan cicak?


Orang perempuan selalu dikaitkan dengan tahap kegelian yang melampau ke atas makhluk-makhluk yang Siti taip kat tajuk entry tu. Reaksi pertama bila terjumpa katak, cicak atau tikus – Menjerit!. Ade jugak yang melompat, tutup mata, panjat kerusi, meja atau lari sejauh yang boleh.

Golongan lelaki pun sukelah amik kesempatan dengan menakut-nakutkan perempuan dengan makhluk-makhluk tu.. saje nak mendengki, bergurau kononnya... Pastu gelak kaw-kaw sampai tak ingat dunia. Seronok ea kenekan kaum yang lemah ni?

Siti pun pernah kene sekali, masa keje kat kilang dulu. Adelah sorang hamba Allah ni (lelaki), dia bagi Siti kotak, hadiahlah kononnya.... Bila Siti buka, kat dalam tu elok je ade sekor katak puru tengah terbeliak biji mata. Cuba teka ape reaksi Siti masa tu? Menjerit? Takkkk.... Melompat lebih tinggi?? Tak jugak..... Campak kotak tu jauh-jauh?? Pun tak jugakkkk.....

Sebenarnya hamba Allah tu dah silap menilai Siti.. mungkin dia andaikan yang Siti akan buat salah satu daripada reaksi yang Siti sebutkan tadi. Tapi nak tahu ape yang berlaku? Siti cuma cakap: “Laaaa... katak je??” Pastu, Siti ambik dan pegang katak tu, lepaskan kat luar kilang. Terbeliak hamba Allah tu.... “Eh! Kau tak geli???” Yang kawan dia sorang lagi tu (lelaki jugak), dah mencecet lari, sebab geli kat katak tu... apa daaaa..... nak takutkan orang, tapi dia sendiri yang takut.....

Hehehe.. sebenarnya, Siti memang tak pernah ada rasa geli dengan katak, cicak, tikus atau pun lipas. Masa kecik-kecik dulu, Siti selalu main tangkap-tangkap cicak dengan adik perempuan dan abang. Siti tangkap dengan tangan je tau! Pastu cicak tu, abang bunuh. Siti tak berani nak bunuh, cuma berani tangkap je.

Tikus? Dulu, masa belum bela kucing, memang banyak tikus kat umah ni. Sebab, kawasan rumah Siti dekat dengan kebun kelapa sawit. Jadi, kalau ade terdengar bunyi tikus kat dalam laci ke.. gerobok ke.. Siti standby dengan penyapu, serbu dan kalau dapat tu, tangkap je dengan tangan. Tapi yang tikus ni Siti pakai sarung tanganla, sebab taknak kene gigit.

Kawan-kawan Siti selalu tanye: “Ko tak geli ke??” Jawapan Siti: “Tak...”. Yela, buat ape nak geli... cuba tengok mat dan minah saleh tu.. dorang takde pun geli-geli? Selambe je pegang binatang-binatang tu, tak kiralah sama ada budak kecik atau orang dewasa. Cuma orang Melayu je kot yang banyak geli-geli ni.. Sebab tu la kita ni selalu ketinggalan kot?

2 comments:

nelly said...

Nelly tengah fobia ..
sejak kena cicak ..
asyik jumpa cicak je ..argh ! tension Nelly

Siti Noraisyah said...

Alahii.. ciannye.. sebenarnya, makin kita takut, makinlah kita selalu jumpe benda tu.. hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...