Photobucket Photobucket

Monday, February 28, 2011

Make up? Hm.. kadang-kadang je..

Wanita vs Solekan

Any comment??

Wanita memang sinonim sangat dengan solekan kan? Sebab tu lah tengok kat pasaraya tu, rak untuk alat solekan wanita berderet-deret.. lengkap semua dari hujung rambut sampai ke hujung kaki... Siti sendiri pun, boleh tahan berdiri membelek-belek alat solek kat watson atau gardian berjam-jam lamanya.. Beli?? Tak pun... heeee... setakat cuci mata je... ^^

Zaman belajar dulu, Siti memang taksub sangat dengan alat-alat solekan ni. Siap ada beg khas untuk isi segala jenis mekap, kalah mak andam you... Kalau nak pegi kuliah pulak, sanggup bangun seawal jam 5:30am untuk kelas yang mula jam 8am, semata-mata nak mekap. Pastu, bekalan mekap memang sentiasa ada kat beg, sebelum masuk kelas, mesti nak kene pegi touch-up kat toilet dulu. 

Bila fikir-fikitkan balik... Kenapa la Siti macam tu ek? Macamla lecture yang mengajar tu leh jatuh hati kat Siti ni kan... hahahah! Last-last, jangan kata lecture, siswa pun takde yang sangkut dengan Siti.. kehkehkeh... ^^

Sekarang, bila dah bekerja... terus hilang keinginan nak bersolek tu.. ade jugakla sekali-sekala.. tapi dah tak 'setebal' masa belajar dulu. Setakat bedak, eye liner, maskara and lipgloss atau lipbalm biase je.. dah siap! Kalau pegi keje, lagilaaaa 'kosong' muka ni. Pelembab dan bedak, cukup! Keinginan dan keterujaan nak membeli alat solek pun dah berkurangan dah.. sekarang, lebih berminat beli produk-produk penjagaan kulit je. Rasa lebih berbaloi-baloi kot...

Agaknye, peningkatan usia yang menjadikan Siti macam tu. Yela.. Siti ni bukan muda belia lagi.. umur dah nak masuk angka 30 pun.. Tua ke? Takla.. matang je.... hehehee....

 Inilah gaya Siti sebelum ke pasar setiap minggu... ^^

Sapu pelembab muka, then tepek bedak debu je.. siap!

Yang penting, senyuman tu kene MANIS ye... heheeeee... ^^


3 comments:

Anonymous said...

comey!!

Cik Bambam said...

xde siswa sangkut?tolonglahhhh~! ahhaha...kak ct tipuuu~!!ekekekeke..

Siti Noraisyah said...

mane ade...cuba explain sikit sape yg sangkut tu??? heeheheeeee... ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...