Ade masa-masanya, jari ni terasa sangatlah berat nak menaip huruf-huruf kat keyboard nih.. pandang skrin pun dengan pandangan kosong je... walau mata ni sebenarnya tengah menatap layout-layout blog yang sangat colourful, tapi satu pun tak masuk dalam kepala.. kenape la ye...... ~sigh~
Then, ade masanya pulak.. jari-jari ni macam gelojoh nak menaip.. idea dari otak ni mencurah-curah ibarat air kat empangan yang pecah! (Fuhhh! Dasyatnya perbandingan!) Sampaikan tak terasa yang sebenarnya dah menaip berjela-jela panjangnya... pastu barulah terpikir: “Eh, ade ke yang nak baca panjang2 nih??”
Semuanya tu.. bergantung kepada mood dan emosi masa tu.. Tak tahulah orang lain.. tapi SIti memang mudah terpengaruh dengan MOOD. Yup. Siti akui yang Siti memang jenis orang yang sangat MOODY. Sesiapa yang rapat dengan Siti memang dah faham sangat tentang itu.
Sebenarnya, Siti seorang yang ceria dan mudah senyum. Tanye jela kat sekolah tu, rakan-rakan guru pun cakap yang Siti ni sorang yang riuh, kecoh, suka bercakap, kadang2 agak sewel sikit, banyak merapu dan bla..bla..bla.. Tapi Siti bukanlah jenis yang suka menjaja atau menceritakan keburukan orang lain. Kalau ade yang memulakan pun, Siti just amik pendekatan dengar dan layankan jela...
Tapi, bila Siti moody, perubahan pada riak wajah memang nampak ketara sangat. Masa ni Siti memang akan jadi pendiam, tak tegur sesiapa, tak melawak, tak ketawa, bercakap pun pada perkara yang penting-penting je, dan yang paling buruk perangai, kalau bercakap, bahasa Siti pun akan jadi kasar.. sebab tu la Siti lebih suka diam. Tunggu hati dah sejuk sikit, barulah bercakap.
Kalau kat rumah, ubat time moody yang paling berkesan ialah TIDUR. Biasenya, lepas bangun tido Siti akan rasa lebih lega, lebih tenang, so takdelah nak marah-marah orang je. Then, kalau kat tempat keje (sekolah) macam mana pulak? Hm.. terapi Siti ialah buat keje. Ape2 jela keje. Masa ni la semua buku-buku murid Siti akan tanda sampai habis, rak-rak pun akan SIti kemas, pastu mana-mana bahan bantu mengajar (BBM) yang belum buat pun Siti akan buat.
Ade sesetengah orang, time moody dia akn makan dengan banyak kan? Kalau Siti pulak, Siti jadi tak selera nak makan. Penah dulu, mogok dengan mak, terus seharian tak makan (buruk tul perangai....). Kalau makan pun, Siti akan makan makanan yang pedas-pedas, lagi pedas, lagi bagus. Padahal, kalau time ceria tu, makan pedas sikit je dah terjelir-jelir lidah.. hahaha!
Hmm.. itulah sebahagian perangai buruk SIti waktu moody. Sebenarnya, sekarang ni pun tengah moody gak. Tapi, Siti alihkan mood yang tengah tak best ni dengan buat perkara yang Siti suka iaitu menaip. Kesannya, rasa lebih relax sekarang. Kalau dulu, tulis perkara-perkara yang Siti tak puas hati kat diary, sekarang.. blog pulak jadi tempat luah rasa hati..
4 comments:
jgn moody2 dear..:)
tak elok moody2..:) chill k..:)
nak chill... tapi ade je benda yg buat jadi moody..huhuuu...
sama lar..kita moody kita diam..berkurung jek dlm bilik..on9+main games+dgr lagu..ehhehe
Post a Comment