Monday, February 28, 2011

Join Bloglist Ujang9897

Uihhh... saudara Ujang ajak join bloglist beliau la... cepat!! cepat!!
Klik je kat SINI ea sayang-sayang semua.. ^^

Ingat lagi.. saundara Ujang ni lah antara blogger terawal yang sudi komen kat entry-entry Siti.. yela.. masa tu Siti baru nak merangkak-rangkak dalam dunia blog ni.. heheee.. Bila dapat 1st komen, memang teruja sangat2!!

Dapat masuk dalam bloglist Ujang pun dah bersyukur sangat dah.. terima kasih ye Ujang sebab buka peluang macam ni.. ^^



Make up? Hm.. kadang-kadang je..

Wanita vs Solekan

Any comment??

Wanita memang sinonim sangat dengan solekan kan? Sebab tu lah tengok kat pasaraya tu, rak untuk alat solekan wanita berderet-deret.. lengkap semua dari hujung rambut sampai ke hujung kaki... Siti sendiri pun, boleh tahan berdiri membelek-belek alat solek kat watson atau gardian berjam-jam lamanya.. Beli?? Tak pun... heeee... setakat cuci mata je... ^^

Zaman belajar dulu, Siti memang taksub sangat dengan alat-alat solekan ni. Siap ada beg khas untuk isi segala jenis mekap, kalah mak andam you... Kalau nak pegi kuliah pulak, sanggup bangun seawal jam 5:30am untuk kelas yang mula jam 8am, semata-mata nak mekap. Pastu, bekalan mekap memang sentiasa ada kat beg, sebelum masuk kelas, mesti nak kene pegi touch-up kat toilet dulu. 

Bila fikir-fikitkan balik... Kenapa la Siti macam tu ek? Macamla lecture yang mengajar tu leh jatuh hati kat Siti ni kan... hahahah! Last-last, jangan kata lecture, siswa pun takde yang sangkut dengan Siti.. kehkehkeh... ^^

Sekarang, bila dah bekerja... terus hilang keinginan nak bersolek tu.. ade jugakla sekali-sekala.. tapi dah tak 'setebal' masa belajar dulu. Setakat bedak, eye liner, maskara and lipgloss atau lipbalm biase je.. dah siap! Kalau pegi keje, lagilaaaa 'kosong' muka ni. Pelembab dan bedak, cukup! Keinginan dan keterujaan nak membeli alat solek pun dah berkurangan dah.. sekarang, lebih berminat beli produk-produk penjagaan kulit je. Rasa lebih berbaloi-baloi kot...

Agaknye, peningkatan usia yang menjadikan Siti macam tu. Yela.. Siti ni bukan muda belia lagi.. umur dah nak masuk angka 30 pun.. Tua ke? Takla.. matang je.... hehehee....

 Inilah gaya Siti sebelum ke pasar setiap minggu... ^^

Sapu pelembab muka, then tepek bedak debu je.. siap!

Yang penting, senyuman tu kene MANIS ye... heheeeee... ^^


Home made Popcorn..Yummy~

Tiba-tiba je, datang mood rajin pulak petang ni.. terpikir nak buat popcorn sendiri. Sebab pagi tadi ade cikgu kat sekolah Siti dah berjaya buat popcorn ikut resepi yang kami cari kat internet jumaat lepas.. ^^
Heheeee... haritu cabar dia suruh buat dan bawa ke sekolah hari Isnin (hari ni la...). Nampaknya, dah berjaya dah cubaan pertama Kak Roha.

Hari ni, ape kata Siti pulak cuba.. ^^

Inilah rupa jagung sebelum diproses jadi popcorn ye anak-anak sekalian... :p

Tadaaaaa.....!!!
Inilah rupanya popcorn yang dah jadi tuu.... heee.... bangga.. bangga... anak sapelaaaa yang rajin dan berbakat sungguh ni.... ^^

Nak resepi??

Taip jela kat google tu... dah banyak dah entry resepi ni.. usaha tangga kejayaan!!

Selamat mencari ye you alls....^^

(Nyum..nyum... sedapnyeeee.... kalah popcorn kat MBO tau... kehkehkeh....)


Saya nak join bloglist Siti Manis

PERHATIAN..! PERHATIAN..!
STICKY ENTRY
SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRY BARU.
TERIMA KASIH.. ^^

IzamirRidzuan dah buat.. Cik Yuyu pun dah buat.. So, sekarang Siti pun nak buat jugak! heee... Walau blog tak femes langsung.. ^^
Okla, diringkaskan cerita, Siti nak rombak balik bloglist yang ade ni. Dan kali ni Siti nak susun ikut kategori pulak.. senang nak rujuk.

So, sape-sape yang nak join, mudah je:

Banner
  1. Copy BANNER yang Siti dah sediakan dan linkkan ke entry ini.
  2. Paste kan kat entry, dan buatlah entry ringkas bertajuk: "Saya nak join bloglist Siti Manis" 
  3. Dalam entry tu jangan lupa maklumkan kategori yang anda nak Siti masukkan, sama ada: GURU, PELAJAR, TUTORIAL, GA @ CONTEST atau UMUM. Contoh: Saya nak join bloglist kategori GURU. Faham ea?
  4. Yang belum FOLLOW, bolehla follow ye.. ^^
  5. Dah siap? Tinggalkan link anda kat ruangan komen entry ini.
  6. Tarikh tutup: 28 Februari 2011
  7. Juga dialu-alukan untuk tag rakan-rakan blogger anda.. tak kisahlah berapa pun.. taknak tag pun takpe.. ^^

Sunday, February 27, 2011

Patutlah kredit selalu 'hilang'...

Akhir-akhir, Siti perasan yang kredit Siti selalu je berkurangan dengan tiba-tiba. Takde buat panggilan, takde hantar SMS, tapi kredit boleh luak, camne tu? Sebelum ni Siti tak berapa kesah sangat, tapi hari ni Siti betul-betul geram. Mane taknye, baru je top up RM10 semalam, harini dah tinggal RM5 lebih je? Siti takde buat panggilan pun.. setakat SMS bape sen la sangat....

Siti pun, terus daftar kat Celcom Online Customer Service, then pegi kat account details, usage details.. kat situ kita boleh check semua penggunaan kita sama ada SMS atau panggilan.Then, keluarlah page macam kat bawah ni...

CMP SMS 33881 MT - RM2.00
Ape tuu???

Pastu, Siti check pulak penggunaan untuk seminggu yang lepas mula dari 20 Feb - 26 Feb.

Lagi banyak rupanya!!
Patutlaaaaaa kredit Siti selalu habis tanpa Siti guna.... ishhhh.....
Tindakan seterusnya, Siti print semua page ni, then Siti call Celcom Centre.

Cik yang angkat phone tu kata, itu no pihak ke-3 (third party). Dia suruh pegi kat 'new message', taip 'STOP ALL', hantar ke 33881. Ade caj 15sen untuk proses tu. 

Siti pun terus buat macam yang dia suruh tu. Setakat ni rasa lega sikit... Tapi, tengok dulu. Kalau lepas ni masih hilang jugak.. hm... Siti suruh dia barred no tu pulak....

Nota: Errr... ok tak guna font macam ni? Kalau tak ok, bagitau Siti ea.. ^^

Kenape perempuan geli dengan katak, tikus dan cicak?


Orang perempuan selalu dikaitkan dengan tahap kegelian yang melampau ke atas makhluk-makhluk yang Siti taip kat tajuk entry tu. Reaksi pertama bila terjumpa katak, cicak atau tikus – Menjerit!. Ade jugak yang melompat, tutup mata, panjat kerusi, meja atau lari sejauh yang boleh.

Golongan lelaki pun sukelah amik kesempatan dengan menakut-nakutkan perempuan dengan makhluk-makhluk tu.. saje nak mendengki, bergurau kononnya... Pastu gelak kaw-kaw sampai tak ingat dunia. Seronok ea kenekan kaum yang lemah ni?

Siti pun pernah kene sekali, masa keje kat kilang dulu. Adelah sorang hamba Allah ni (lelaki), dia bagi Siti kotak, hadiahlah kononnya.... Bila Siti buka, kat dalam tu elok je ade sekor katak puru tengah terbeliak biji mata. Cuba teka ape reaksi Siti masa tu? Menjerit? Takkkk.... Melompat lebih tinggi?? Tak jugak..... Campak kotak tu jauh-jauh?? Pun tak jugakkkk.....

Sebenarnya hamba Allah tu dah silap menilai Siti.. mungkin dia andaikan yang Siti akan buat salah satu daripada reaksi yang Siti sebutkan tadi. Tapi nak tahu ape yang berlaku? Siti cuma cakap: “Laaaa... katak je??” Pastu, Siti ambik dan pegang katak tu, lepaskan kat luar kilang. Terbeliak hamba Allah tu.... “Eh! Kau tak geli???” Yang kawan dia sorang lagi tu (lelaki jugak), dah mencecet lari, sebab geli kat katak tu... apa daaaa..... nak takutkan orang, tapi dia sendiri yang takut.....

Hehehe.. sebenarnya, Siti memang tak pernah ada rasa geli dengan katak, cicak, tikus atau pun lipas. Masa kecik-kecik dulu, Siti selalu main tangkap-tangkap cicak dengan adik perempuan dan abang. Siti tangkap dengan tangan je tau! Pastu cicak tu, abang bunuh. Siti tak berani nak bunuh, cuma berani tangkap je.

Tikus? Dulu, masa belum bela kucing, memang banyak tikus kat umah ni. Sebab, kawasan rumah Siti dekat dengan kebun kelapa sawit. Jadi, kalau ade terdengar bunyi tikus kat dalam laci ke.. gerobok ke.. Siti standby dengan penyapu, serbu dan kalau dapat tu, tangkap je dengan tangan. Tapi yang tikus ni Siti pakai sarung tanganla, sebab taknak kene gigit.

Kawan-kawan Siti selalu tanye: “Ko tak geli ke??” Jawapan Siti: “Tak...”. Yela, buat ape nak geli... cuba tengok mat dan minah saleh tu.. dorang takde pun geli-geli? Selambe je pegang binatang-binatang tu, tak kiralah sama ada budak kecik atau orang dewasa. Cuma orang Melayu je kot yang banyak geli-geli ni.. Sebab tu la kita ni selalu ketinggalan kot?

Tips nak dapat kulit gebu+licin+bebas drpd jerawat

 Murid-murid Siti selalu amik kesempatan dgn cuit-cuit pipi Siti.. (murid perempuan ye...). Kalau SIti tanye: "Kenapa cuit-cuit pipi cikgu?" Dorang jawab: "Pipi cikgu licinlaa...."
Sebenarnya takdelah licin sangat pun.. cuma setakat ni, alhamdulillah, kulit muka Siti takde masalah jerawat. Kalau ade keluar jerawat pun, jerawat pemanis muka je.. heeee... ^^

Nak kata Siti amalkan apa-apa petua khusus, tak juga.. Yela, semua ni anugerah Allah.. dan Siti sangat bersyukur.

Cuma, ade jugaklah beberapa langkah pencegahan yang Siti amalkan. Mencegah tu lebih baik daripada merawat. Ape pun, sebgaai manusia, kita hanya berusaha, yang memberi hanyalah Allah s.w.t.

Air kosong - Bangun tido, jangan terus belek muka kat cermin. Sebaliknya, minum segelas air kosong, dimulakan dengan lafaz "Bismillah...". Dan, untuk waktu-waktu yang lain pun kenalah minum air jugak. Jangan mengharapkan segelas air kosong ni je, dah boleh berseri muka tu...

Cuci muka - Waktu cuci muka dengan ape-ape pencuci pun, janganlah sental muka tu kasar sangat. Sebab, kulit muka tu sangat sensitif dan nipis, lainlah kalau kulit badan atau kulit kat tumit kaki tu, bolehla sental kuat-kuat. Sebaliknya, cuci dengan gerakan bulatan, mula dari bahagian dagu, pipi, hidung dan dahi. Gerakan ini juga membantu melancarkan pergerakan darah. Apabila perjalanan darah lancar, muka pun akan jadi berseri-seri gitu... heeee.... ^^ Sejak sekolah menengah sampailah sekarang, Siti masih kekal setia dengan jenama pencuci yang sama iaitu Biore.

Scrub - Siti memang amalkan scrub muka. Tapi bukan setiap hari. Dalam seminggu tu, mungkin dalam 2@3 kali je. Pilih scrub yang tak terlalu kasar butirannya. Contoh scrub yang Siti pakai ialah jenama St. Ives. 

Penyegar - Memang penting sekali untuk sapu toner atau penyegar selepas mencuci muka. Sebab, toner tu berfungsi sebagai penanggal sisa-sisa bahan pencuci yang tertinggal dalam pori-pori kulit masa kita mencuci tadi. Satu lagi, toner juga membantu mengecilkan pori-pori yang terbuka semasa proses memcuci. Tak payah letak toner banyak-banyak.. memadailah setakat basah kat tengah kapas muka tu... Untuk toner ni, SIti guna yang murah-murah je, jenama Safi Balqis.

Pelembab - Kene pastikan yang pelembab tu sesuai dengan kulit muka. Kalau muka jenis yang berminyak dan mudah berjerawat, lebih baik sapu sunblock je sebelum keluar. Sebab, pelembab akan menggalakkan lagi pengeluaran minyak kat muka. Atau pun, cubalah cari pelembab yang memang khusus untuk yang bermasalah jerawat. Kalau Siti, sejak sekolah lagi SIti pakai krim Olay. Alhamdulillah, serasi dengan kulit Siti.

Serum - Siti baru je amalkan pemakaian serum Olay White Radiance. Itu pun, sebab nak pudarkan jeragat. Tak tahu lagi kesannya macam mana, sebab baru amalkan 2 minggu. 

Makan - Masa belajar dulu, SIti emmang kerap makan makanan segera, kesannya.. kulit muka pun jadi mudah berjerawat dan kusam. Tapi sejak duduk dengan mak dan selalu makan masakan sendiri, masalah tu dah takde dah. Kesimpulannya, apa yang kita makan memang akan memberi kesan kepada luaran kita. Yela, kalau dalaman (sistem tubuh) kita tak sihat atau terganggu, macam mana luaran kita nak sihat kan? Jadi, kurangkanlah makan dekat luar. Lagipun, kita tak tahu bahan ape yang ada dalam makanan tu.. 

Ulam, sayur dan buah - Cuba kita perhatikan sekeliling kita, kenapa Allah ciptakan tumbuh-tumbuhan lebih banyak daripada haiwan dan manusia? Pastinya sebab manfaatnya lebih banyak untuk kita. Jadi kenapa kita nak mengelak daripada makan ulam, sayur dan buah? Allah tak menciptakan sesuatu tu dengan sia-sia, pasti ada kelebihannya untuk manusia. Tak payah cari yang mahal-mahal contohnya yang diimport tu.. yang tempatan sebenarnya lebih banyak khasiatnya.

Senyum - Senyum itu sedekah.. senyum itu juga ubat kesedihan yang paling mujarab. Tapi janganlah beri senyuman yang palsu atau senyuman menyindir. Sebab, senyuman-senyuman macam tu langsung tak memberi faedah. 

Berdoa - sebenarnya, walau ape pun yang kita buat, janganlah sesekali kita membelakangkan Allah. Walau dalam hal-hal seperti nak memutihkan kulit, melicinkan kulit, nak kurus, nak ramping.. mintak jelah dengan Allah. Caranya, dah tentulah dengan berdoa. Kadang-kadang, kita terlalu yakin dengan sesuatu produk atau sesuatu petua tu sampai kita lupa, bahawa semua tu tak akan berhasil kalau Allah tak mengizinkan. Jadi, sebelum pakai atau sapu ape2 krim tu, bacalah bismillah... dan kalau kulit kita betul-betul putih, gebu, licin kerana amalan pakai krim tu, ingat... bukan krim tu yang memutihkan kulit kita, tetapi Allah s.w.t.




Saturday, February 26, 2011

Akibat banyak sgt tengok TV...

Jadi cikgu ni, boleh dikatakan setiap hari Siti akan jumpa jawapan daripada murid yang pelik-pelik, lucu, dan buat geram pun ade.. yela.. lain yang diajar, lain yang dibuat.. Tapi itulah sebahagian daripada cabarannya. Sebab, murid ni tahapnya berbeza-beza, ade yang cepat menerima, dan ada yang agak lambat sikit. Sebagai guru, memang tanggungjawab kami untuk membantu murid-murid ni. 

Gambar kat atas tu adalah antara jawapan yang Siti rasa agak lucu. Bukan nak gelakkan atau nak mengejek murid ni.. cuma SIti nak tunjukkan kesan dan pengaruh rancangan televisyen dalam kehidupan murid-murid.
Susah nak baca? Siti translate kan la ea.. ^^

" Maafkan saya, Zombi kampung pisang Bolehkah kamu tolong saya Tak boleh saya taknak. Balikla Mei Lin. Saya taknak bawak buku. Saya nak pegi."
Dari mana murid ni dapat perkataan "Zombi kampung pisang" tu? Mestilah daripada TV kan? Hmm.. banyak lagi sebenarnya.. kadang-kadang Siti jumpa jawapan ada perkataan Naruto, Ultraman, Wonderpets dan macam-macam lagi... Itu belum lagi buku tulis yang penuh dengan contengan-contengan kartun... aihhhhh.. 

Sebenarnya, tak salah tengok TV, tengok kartun.. cuma, janganlah sampai pengaruh cerita kat TV tu beri kesan kat golongan kanak-kanak ni.. Sebab tu, kene selalu pantau rancangan TV yang mereka tengok, dan kene hadkan juga masa mereka kat depan TV tu.



Contest Kucing Paling Comel

 Telah di'tag' oleh Cikmerahjambu aka habsahharun.. thanks ya! ^^

Selalunya, Siti masukkan gambar Siti je utk contest, kali ni masuk contest gambar kucing pulak.. yela.. kucing SIti pun nak jadi glemer, kan? Tapi... dorg ni 'malu-malu kucing' la... susah nak dapat 'pose' yg paling comel... huhuuuu....
So, ini jela yg Siti dapat...
Hahahaha! Gaya muka terkejut ni.. ^^

Dah suruh say 'cheeseeeee....' pun tak senyum2 gak... aihhhh..... nak kene suruh sebut 'fishhhhhh....' agaknye kot.... silaplah tadi tu....

Nak tag:
Cik Bambam
Rien
Cheeya

Yang Siti tak tag, kalau nak join pun bolehhhh... klik je kat banner atas tu ye.. ^^


Tarikh tamat:
30 April 2011
(lama lagi tuhh...)


Contest Aku dan Pink

 Dah lama rasanya tak join ape2 contest yg melibatkan gambar.. ^^

Kali ni, Siti join Contest Aku dan Pink oleh Miera Aziz

Okla, entry yg simple je. Kalau nak join, klik banner kat atas tu ea.. ^^

Pelik betul perangai orang yang tengah moody ni...

Ade masa-masanya, jari ni terasa sangatlah berat nak menaip huruf-huruf kat keyboard nih.. pandang skrin pun dengan pandangan kosong je... walau mata ni sebenarnya tengah menatap layout-layout blog yang sangat colourful, tapi satu pun tak masuk dalam kepala.. kenape la ye...... ~sigh~

Then, ade masanya pulak.. jari-jari ni macam gelojoh nak menaip.. idea dari otak ni mencurah-curah ibarat air kat empangan yang pecah! (Fuhhh! Dasyatnya perbandingan!) Sampaikan tak terasa yang sebenarnya dah menaip berjela-jela panjangnya... pastu barulah terpikir: “Eh, ade ke yang nak baca panjang2 nih??”

Semuanya tu.. bergantung kepada mood dan emosi masa tu.. Tak tahulah orang lain.. tapi SIti memang mudah terpengaruh dengan MOOD. Yup. Siti akui yang Siti memang jenis orang yang sangat MOODY. Sesiapa yang rapat dengan Siti memang dah faham sangat tentang itu.

Sebenarnya, Siti seorang yang ceria dan mudah senyum. Tanye jela kat sekolah tu, rakan-rakan guru pun cakap yang Siti ni sorang yang riuh, kecoh, suka bercakap, kadang2 agak sewel sikit, banyak merapu dan bla..bla..bla.. Tapi Siti bukanlah jenis yang suka menjaja atau menceritakan keburukan orang lain. Kalau ade yang memulakan pun, Siti just amik pendekatan dengar dan layankan jela...

Tapi, bila Siti moody, perubahan pada riak wajah memang nampak ketara sangat. Masa ni Siti memang akan jadi pendiam, tak tegur sesiapa, tak melawak, tak ketawa, bercakap pun pada perkara yang penting-penting je, dan yang paling buruk perangai, kalau bercakap, bahasa Siti pun akan jadi kasar.. sebab tu la Siti lebih suka diam. Tunggu hati dah sejuk sikit, barulah bercakap.

Kalau kat rumah, ubat time moody yang paling berkesan ialah TIDUR. Biasenya, lepas bangun tido Siti akan rasa lebih lega, lebih tenang, so takdelah nak marah-marah orang je. Then, kalau kat tempat keje (sekolah) macam mana pulak? Hm.. terapi Siti ialah buat keje. Ape2 jela keje. Masa ni la semua buku-buku murid Siti akan tanda sampai habis, rak-rak pun akan SIti kemas, pastu mana-mana bahan bantu mengajar (BBM) yang belum buat pun Siti akan buat.

Ade sesetengah orang, time moody dia akn makan dengan banyak kan? Kalau Siti pulak, Siti jadi tak selera nak makan. Penah dulu, mogok dengan mak, terus seharian tak makan (buruk tul perangai....). Kalau makan pun, Siti akan makan makanan yang pedas-pedas, lagi pedas, lagi bagus. Padahal, kalau time ceria tu, makan pedas sikit je dah terjelir-jelir lidah.. hahaha!

Hmm.. itulah sebahagian perangai buruk SIti waktu moody. Sebenarnya, sekarang ni pun tengah moody gak. Tapi, Siti alihkan mood yang tengah tak best ni dengan buat perkara yang Siti suka iaitu menaip. Kesannya, rasa lebih relax sekarang. Kalau dulu, tulis perkara-perkara yang Siti tak puas hati kat diary, sekarang.. blog pulak jadi tempat luah rasa hati..


Friday, February 25, 2011

Scha dan Awal bakal bertunang

Ambik kat Google Images je..^^
Tak sangka pulak hubungan Scha dan Awal akhirnya akan membawa pasangan ini ke alam pertunangan.. baguslah kan? Kalau dah betul-betul suka sama suka, nak tunggu ape lagi? Kedua-duanya pun memang sepadan, Scha comel, Awal plak smart, heee.... Tak caye?? Meh baca kat SINI.

Eh, sejak bila Siti jadi wartawan gosip ni?? Konfius.. konfius.... heheheeee... sebenarnya, Siti memang minat dengan Scha ni.. dan setakat ni tak pernah miss tengok drama Awan Dania kat Astro tu. Mak Siti pun memnag minat sangatlaaaaaa kat Scha ni.. bukan senang tau mak Siti tu nak minat artis.. sebab mak jarang tengok drama. Tapi, disebabkan Scha... mak sanggup tunggu kat depan TV setiap kali ade drama Awan Dania. Dan jangan harapla nak tukar chanel lain masa tu ye....

Saya nak join Sempoi Bloglist Nadia

Kan Siti dah kate.. memang sekarang tengah 'demam' blogger update bloglist.. heeee...^^

Kalau nak join, klik je banner atas tu..

Kenapa Siti nak join bloglist ni?
  1. Sebab telah dipelawa oleh tuan umah iaitu Cik Nadia.. ^^
  2. Sebab.. nak tarik lebih ramai readers.. ^^
 Pandangan tentang blog Cik Nadia?

Secara keseluruhannya, Siti suka blog Cik Nadia sebab... cepat loading.. takde lagu-lagu yang bingit.. takde widget2 yang memberatkan.. dan COMEL!!

Tarikh tamat:
4 Mac 2011


Petua untuk bakal pengantin perempuan

Bagi perempuan yang bakal berkahwin, mesti dari awal lagi dah fikirkan tentang konsep pakaian, jenis mekap, pelamin dan macam-macam lagi. Semua tu untuk memastikan yang kita akan kelihatan berseri dan cantik. Tapi, jangan lupa, selain semua persediaan luaran tadi tu, persedian dalaman juga penting. Dan biasanya, amalan-amalan seperti petua tradisional akan menjadi pilihan.

Terdapat beberapa petua yang menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati untuk diamalkan oleh para bakal pengantin perempuan dalam melengkapi proses rawatan tradisional sebelum melangkah ke jinjang pelamin.


Bunga Mawar
  Untuk menaikkan seri muka, bakal pengantin boleh mengamalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya.

Timun
Lekapkan mata dengan hirisan timun selama 1/2 jam. Petua ini juga dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta menghilangkan rasa lesu dan letih. Ia juga berguna untuk menegangkan otot bawah mata.

Lobak 
 Lobak yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk meningkatkan kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam.

Tomato

Bagi masalah kulit kurang bermaya, gunakan tomato yang telah diasingkan bahagian dalamnya. Sapukan lendir dan biji di dalamnya pada seluruh wajah, lalu dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas

Avocado
 Bagi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi serta wajah, anda boleh mencuba buah Avocado yang ditempek isinya pada seluruh wajah. Rawatan ini mampu menghalang tumbuhnya jerawat baru.

Limau Purut
 Bagi menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur, sapukan hirisan limau purut pada rambut di kepala. Limau purut juga juga dapat mencantikkan kuku dengan menyapukan jusnya pada kuku secara kerap



Sesape yg nak buat passport tapi malas nak pegi imigresen, meh sini!


Ini barulah dikatakan 'teknologi yang memberi manfaat kepada manusia". Haaaa.... Siti faham, ramai yang kat luar sana tu yang rasa malas je nak ke imigresen setiap kali nak buat atau renew passport kan? Bukan ape... ramai sangat... lebih-lebih kat pejabat imigresen yang kecik macam kat tempat Siti ni.. SIti sendiri, dari tahun lepas lagi nak buat passport tapi masih belum berkesempatan. 

Lebih-lebih lagi keje sebagai cikgu ni, susah nak cuti.. nak pegi masa cuti sekolah pulak.. ade je aktivitinya... haiiiii.. pendek kata memang ade jela alasannya kan? Sekarang ni, dengan kemudahan internet yang ada, kita boleh buat permohonan dan bayaran passport secara online je. Jaminannya pula, siap dalam masa 2jam atau lebih bergantung kepada tempat, tarikh dan masa pungutan. 

Nak tahu lebih lanjut, boleh ke laman ini --->> MyOnline*Passport

Sumber: Tuan Loyar


Thursday, February 24, 2011

Entry untuk Cik Bambam.. ^^

Hari ni... mood nak update entry agak 'kureng' sikit.. maybe sebab penat.. pastu adelah pulak hal-hal yang buat hati ada sikit terkilan.. so semua tu mempengaruhi mood nak menaip. Sejak balik mengajar tadi, Siti juz on lappy ni, pastu keluar-masuk blog orang lain.. tapi idea sendiri langsung takde!

Pastu masa maghrib tadi, hujan turun lebat! Dengan petir, kilat.. pastu ngam-ngan habis solat dan wirid sikit, tiba-tiba.... blackout pulakkk!! Adehhhhh.... meter karen kat umah ni memang terlebih sensitif... bunyi guruh sikit je pun meter dah 'tendang'. Huh! Terpaksalah meraba-raba cari lampu picit....
Sekarang ni, still takde idea lagi.. sebab tu la menaip ntah ape-ape je ni... tapi terbaca pulak entry sorang kawan Siti iaitu Cik Bambam (CB). Cian dia... hati dia tengah tak senang tu..  (baca entry INI) tiba-tiba je kene hentam dengan blogger gak... takpelah dik... anggaplah blogger senior tu sedang memberi nasihat... jangan sedih-sedih ek.... walau takde blogger yang nak baca entry kamu pun, Kak Siti akan tetap jadi reader yang setia...

Ini bukan entry nak membodek CB tau... anggaplah ini sebagai satu dorongan supaya CB tak terus down... Kak Siti faham.. kalau akaklah yang berada dalam situasi CB, mesti akak pun akan rasa sangat sedih dan mungkin rasa nak give up je dari blogging ni! Tapi... Kak Siti still nak baca entry2 CB.. suka dengan ayat-ayat dan bahasa santai CB.. rasa macam CB tgh berbual-bual dengan readers sekalian... 

Nama pun manusia.. tak ada yang sempurna.. memang fitrah kita membuat kesilapan.. dan daripada kesilapan itulah kita belajar. Dan kita sebagai manusia pun, siapalah kita untuk menjatuhkan hukuman... Yang bersalah dah pun mohon maaf (walau SIti tak sure ape kesalahan dia sebenarnya... hanya kerana tajuk entry??), jadi kita maafkan jela... tak luak ape pun... Dunia blogging ni bukan besar sangat.. pusing-pusing, kita akan jumpe gak blogger tu... kalau hari ini dia buat salah, kita tegur dengan cara baik.. mungkin esok atau lusa, kita pulak yang terbuat salah, sape tahu?

Wednesday, February 23, 2011

Sama-sama kita hayati...


Sumber: Google images
"Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan."

Sumber: Google images
"Dia telah menciptakan manusia daripada mani, ternyata dia menjadi pembantah yang nyata."

Sumber: Google images
"Dan haiwan-haiwan ternakan telah diciptakan-Nya untuk kamu, padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan pelbagai manfaat, dan sebahagiannya kamu makan."

Sumber: Google images
"Dan kamu memperoleh keindahan padanya, ketika kamu membawanya kembali ke kandang dan ketika kamu melepaskannya (ke tempat pengembalaan)."

Sumber: Google images
"Dan ia mengangkut beban-bebanmu ke suatu negeri yang kamu tidak sanggup mencapainya, kecuali dengan susah payah. Sungguh, Tuhanmu Maha Pengasih, Maha Penyayang."

Sumber: Google images
"Dan, (Dia telah menciptakan) kuda, bagal dan keldai, untuk kamu tunggangi dan (menjadi) perhiasan, Allah menciptakan apa yang kamu tidak ketahui."

Sumber: Google images
"Dan hak Allah menerangkan jalan yang lurus, dan di antaranya ada (jalan) yang menyimpang. Dan jika Dia menghendaki, tentu Dia memberi petunjuk kamu semua (ke jalan yang benar)."

Sumber: Google images
"Dialah yang telah menurunkan air (hujan) dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya (menyuburkan) tumbuhan, padanya kamu mengembalakan ternakanmu."

Sumber: Google images
"Dengan (air hujan) itu Dia menumbuhkan untuk kamu tanam-tanaman, zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir."

~Surah An-Nahl ayat 3-11.~


Kemerosotan keputusan STPM 2010 akan dikaji

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Kementerian Pelajaran akan mengkaji punca kemerosotan peratusan lulus penuh Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010 di seluruh negara yang diumumkan semalam.
Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kementerian akan menyediakan analisis bagi mengenal pasti punca penurunan peratusan lulus penuh itu sebelum tindakan seterusnya diambil.
Selain itu, kata beliau, tindakan menempatkan guru berpengalaman dan berkualiti di luar bandar tidak semestinya langkah tepat untuk merapatkan jurang prestasi antara calon bandar dan luar bandar.
"Kebanyakan sekolah di luar bandar mahupun di kawasan pedalaman mempunyai guru yang berpengalaman mengajar lebih daripada lima tahun dan bukanlah hanya dipenuhi dengan guru baru lepasan maktab sahaja.
"Masih banyak perkara yang perlu dikaji sebelum mengambil tindakan bagi memastikan ia benar-benar berkesan dan memastikan keputusan lulus penuh dapat ditingkatkan semula," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Berita penuh-----> Utusan Malaysia Online: Kemerosotan keputusan STPM 2010 akan dikaji

Ulasan Siti:

Hm.. macam manelah tak merosot.. kat TV sekarang macam-macam hiburan ade.. rancangan realiti je dah berbagai-bagai.. Mentor, AF, Raja Lawak.. semua tu rancangan memang tujuannya nak menarik perhatian golongan muda. Belum lagi drama-drama bersiri yang panjang berjela.. Pastu kat luar pun dugaan bertambah banyak.. Dengan konsert la.. karaoke la... haihhhh... Berapa banyak masa laaaa nak study kan?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...