Photobucket Photobucket

Saturday, February 5, 2011

Maafla murid-muridku...


Hishhh... pening kepala.. asal bukak FB je mesti ade murid2 yang add as friend... Takmo! Takmo! Siti mmg takmo approve dorang semua ni... huhuuuuu... mane boleh... FB hanya utk yg dah berumur 18 tahun ke atas... (kalau tak silaplaaa..) Tp dorang ni baru umur 9-12 tahun... bawah umur lagi tu... ni mesti masa create account tu tipu tang umur kan?? Hishhh... cikgu tak penah mengajar kamu menipu tauu.....

Pastu bila kita tak approve mulala bertanya kat sekolah... “Cikgu.. cikgu.. saya ada add cikgu kt FB tau.. cikgu bila nak approve?”. Biasenye Siti akan jawab: “Hmm.. nantilah ye.. cikgu tak sempat.” But hakikatnya, cikgu memang taknak approve kamu pun...

Pada pendapat readers sekalian, wajar ke Siti approve dorang?? Tak wajar kan? Nanti akan macam2 cerita yang dicanang kat sekolah.. dan tau2 jela.. Siti ni kan suka bergambar.. suka amik gambar muka sendiri.. dan rasanya memang tak sesuai dengan diri Siti yang sgt tegas kat sekolah..

Dan disebabkan masalah ni jugakla Siti terus private account FB tu.. So, sesapa yang Siti tak approve mmg takleh view langsung profile Siti (kot la... ). Tapi.. dalam pada Siti berhati-hati tu pun ‘terlepas’ jugak sorang dua.. mane taknye.. guna nama and pic profile yang Siti tak kenal langsung.. aduhaiiii... lagi bijak budak2 ni....

Wahai ibu dan ayah.. perhatikanlah anak2 anda sekalian.. rasanya tak perlulah biarkan mereka tu ada FB.. mereka tu masih terlalu muda untuk ada FB ni.. sekolah rendah tuu... tunggulah dah matang sikit, dah tau beza baik dan buruk, bolehlah diberi keizinan.. itupun mesti dengan pemantauan penuh ibubapa tau. Tau2 jela kat internet ni.. mcm2 yang boleh ‘keluar’ tanpa kita ‘undang’... Nanti mulalah.. dari ‘tertengok’ kepada nak ‘tercuba’ plak... huhuuuuu....
Kredit to Google Images


3 comments:

Shaofie said...

cikgu siti, mmg jgn approve mereka.. dorg tu masih kecik lagi. kang susah kalau dier tgk mcm2. budak2 tu mula2 fb, pastu kang dier tgk blog cikgu plak. blog susah nak private. sye ade kawan dier cekgu agama lagi, dier approve je semua. pastu dalam sehari je byk komen yg dier dapat n chat menimbun2 dr murid2 dier.. dier naik risau smpi ngadu kat saye. budak2 ni susah nak kawal pemikiran dorg. so, sye cadangkan baik cikgu siti privatekan betul-betul. privatekan album skali. sorry kalau melebih2 kasi komen. hahahaa. senyum sikit cikgu, jgn sedih2. hahahaha

Siti Noraisyah said...

xpe, siti mmg mengharapkan komen mcm ni.. hehee.. betul la.. tgk rakan2 guru yg approve pun mcm susah je.. semuanya jadi tontonan.. huhuu.. mmg siti tak akan approvela pasni.. ni klu dorg baca blog Siti, lagila pulak....

Hanis MY said...

budak2 zaman skrg mmg over exposed, tapi kalau dh uni tu takpelah nk approve sebab derang dah besar, tindakan yg bagus sebab derang kecik lg fikiran belum matang.... huhu all d best ct! harap2 derang tak bc blog ct nanti kecik ati plak padhl utk kebaikan derang jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...