Photobucket Photobucket

Sunday, February 27, 2011

Patutlah kredit selalu 'hilang'...

Akhir-akhir, Siti perasan yang kredit Siti selalu je berkurangan dengan tiba-tiba. Takde buat panggilan, takde hantar SMS, tapi kredit boleh luak, camne tu? Sebelum ni Siti tak berapa kesah sangat, tapi hari ni Siti betul-betul geram. Mane taknye, baru je top up RM10 semalam, harini dah tinggal RM5 lebih je? Siti takde buat panggilan pun.. setakat SMS bape sen la sangat....

Siti pun, terus daftar kat Celcom Online Customer Service, then pegi kat account details, usage details.. kat situ kita boleh check semua penggunaan kita sama ada SMS atau panggilan.Then, keluarlah page macam kat bawah ni...

CMP SMS 33881 MT - RM2.00
Ape tuu???

Pastu, Siti check pulak penggunaan untuk seminggu yang lepas mula dari 20 Feb - 26 Feb.

Lagi banyak rupanya!!
Patutlaaaaaa kredit Siti selalu habis tanpa Siti guna.... ishhhh.....
Tindakan seterusnya, Siti print semua page ni, then Siti call Celcom Centre.

Cik yang angkat phone tu kata, itu no pihak ke-3 (third party). Dia suruh pegi kat 'new message', taip 'STOP ALL', hantar ke 33881. Ade caj 15sen untuk proses tu. 

Siti pun terus buat macam yang dia suruh tu. Setakat ni rasa lega sikit... Tapi, tengok dulu. Kalau lepas ni masih hilang jugak.. hm... Siti suruh dia barred no tu pulak....

Nota: Errr... ok tak guna font macam ni? Kalau tak ok, bagitau Siti ea.. ^^

9 comments:

habsahharun said...

salam..
sy pun pernah kena mcm tu..mayb sebab guna caller ringtone kot..mula2 dia ckp free..last2 dia charge kaw-kaw..

Siti Noraisyah said...

senang2 je dorg nak amik duit kita kan? ishhhh... mmg geram sgt...

zulkbo said...

salam..
ermmm..macam-macam tektik
orang nak menyamun ye..?
simpati..nasib baik awak
perasan cepat.

Siti Noraisyah said...

zulkbo:
Siti kalau bab duit ni mmg cepat je perasan, hehee... ^^

Proud Mommy said...

sama kes dgn saya dulu..tiba2 kredit hlg..lepas check dgn celcom dia kata saya langgan no TOTO..ngeh!! heran simkad tu saya baru beli patutla selalu dpt result TOTO..*tiba2 lak saya langgan TOTO* x logik..

tp sykrla..dh selesai..hehe

Cik Bambam said...

itu lar..suka ati send YES to *****..hahahahahha..

psssttt..font lebih sng baca..kekekek

adan said...

lagi baik charge 15sen daripada terusan hilang kredit kan.. hahaha

fRaMe+LenSeS said...

mmg sakit ati kalau tatau duit abeh tah ke mana.. tensi2.. ;)

Anonymous said...

They believe that there is never something for nothing and
so hesitate in using the Card, fearful they will owe something later.
9-Keep an eye on the budget-especially until the campaign
takes off and becomes profitable. higkeit, Steuern in den Vereinigten Staaten
garantiert weniger als Wertpapiere, die von keinen besonderen F.


Feel free to surf to my web page - swk-kredit.info/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...