Wednesday, December 29, 2010

Syabas skuad Malaysia!!

Baru balik dari tengok bola kat warung. Heee.. first time terjebak dgn semangat kesukanan ni.. Semuanya semata-mata nak tengok Harimau Malaysia berentap dengan Garuda. Kalau bukan disebabkan kontroversi "perang laser" penyokong Malaysia vs Indonesia, mungkin tak sekuat ni semangat Siti nak tengok bola.

Terima kasihlaa wahai penyokong2 Indonesia, 'kekecohan' anda tentang laser yg dikatakan menjadi punca kekalahan kepada skuad Malaysia menjadikan kami semua semakin bersemangat nak mendoakan kejayaan pasukan negara kami. Heeee..... cayalah!!
Huaaaa... tetiba Siti jadi 'Minah Bola' plak.. heheee... yela, semangat berkobar-kobar ni, sbb perlawanan akhir kann... Yang paling tersenyum lebar, mestilah penyokong2 lelaki yang ada kat warung tadi tu. Tu sebab menang, kalau kalah?? Mestilah keluar semua maki hamun kan? Heee.... 

Adatlah dalam sukan... ade menang ade kalah... Cuma, rezeki malam ni lebih berpihak kepada Malaysia. Esok, kita bacalah ape komen2 yang keluar kat surat khabar. Tak sabar juga nak tengok penerimaan penyokong Indonesia ni, ade nak buat 'tunjuk perasaan' lagi tak??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...