Thursday, December 9, 2010

My Bestfriend Forever!!

Baca entry peserta2 "Photo Contest: My Bestfriend Forever", terus teringat kat BFF Siti..Huuuu.. Kangen banget!! Dah lama tak hang out same2. Yela.. Siti nunn jauh kat Selatan ni, dorg plak memasing keje kt KL.. Dah selalu sangat dorg pujuk Siti keje kat KL juga, bior sennag nak jumpe. Tapi Siti terikat dengan keje kat sini, dan Siti tak boleh tinggalkan mak sorang... Walaupun mak tak pernah menghalang, tapi tak sampai hatila.... nanti sape nak tolong mak kt umah.. terutama kalau nak keluar bayar bil, beli barang2 dapur.. sbb mak Siti pandai jalan kaki je...

Jadi, Siti teruskan juga keje kat sini, kat kampung halaman. Walau ape pun, persahabatan yang terjalin sejak tahun 2004 ni tetap utuh. Setahun sekali, kami pasti akan peruntukkan satu masa untuk keluar holiday sama2.

Inilah BFF yang Siti maksudkan. Kami semua dalam jurusan yang sama, ekonomi. Walau hostel lain2, tp kami jadi rapat sbb selalu jumpe kat kelas yang sama, dan buat assigment pun same2.


  1. Ecah: Siti ler tu.. hehe.. masa belajar dulu, kawan2 semua panggil 'Ecah' sbb ramai sangat 'Siti'. Panggilan 'Siti' ni juz utk family je.. ^^
  2. Za: kitorang suke panggil die 'Mek Za' sbb die orang Terengganu. Nampak je kecik, tapi sgt pandai.. lagi2 part math. Dia selalu tolong ajarkan part2 yg Siti tak faham.
  3. Atun: Orang Nogori nih. Sempoi je orgnye.. suke sengeh2, Siti pun tak taula ape yg die suke sgt tuh.. Tapi die ni sgt malas berjalan, kalau boleh nak parking kete kat depan kelas terus, hahaha! jgn marah ye tun... ^^
  4. Huda: ni rumet kesayangan Siti.. ^^ (kalau tak tulis sayang nanti die merajuk plak..heee...). Mula duduk sebilik masa sem 5 (tahun 2006) lepas kitorang kene 'tendang' dari hostel asal kitorang kat Kolej Telekom ke Kolej Bukit Kachi (byk jin kat sini.. huhuuu.. ). Asal Perak. Belajar loghat Utara dari die la nih.
  5. Nadet: paling lama dan paling awal Siti kenal. Sejak 1st day Siti g kelas, Time x kenal sape2 pun. Pastu bila nampak die sorg2, Siti terus tegur die dan kitorang jadi kamceng sejak itu. Selalu tidur sekatil makan sepinggan, minum secawan..^^ Macam couple kitorang nih! Walaupun hostel lain2, tapi Siti selalu tidur kt bilik die. Sbb Siti join kelab tarian kat hostel die, so bila ade latihan, Siti akan tumpang kt bilik die.
  6.  Ila: ni pun Siti kenal sejak sem satu lagi. Ila ni nampak pendiam n garang, sbb muka die serius sikit, tapi bila dah kenal, leh tahan riuh gak die nih!
  7. Cipun: Satu2nya 'kumbang' yang termasuk dalam senarai. Orang Perlis.Tak taulah camne die ni leh termsuk gak.. hahaha! Tapi kitorang xleh hidup tanpa dia! Sbb die tokey kete sewa, so selalunye kitorang akan sewa kete die utk jalan2.. nama je sewa, tp biasenye kitorang pakai free je.. sbb tu la kami sayangggg cipun nih! ^^ (sbb tu jugakla Siti masukkan die dlm senarai nih.. hihihiii...)
    Kalau bab makan-makan, Cipun la yg selalu kene bayar, hahaha! sbb die kaya kan... dan berkat doa kitoranglah die dah berjaya memegang jawatan PTD kt Perlis, betul-betul dah jadi KAYA sekarang! (single lagi.. lehla p ngurat.. :p)

    Posing?? Memang wajib! G mane2 mesti nak bawa kamera.. ^^. Tapi xdelah pandai sangat posing punn.....
    Excited bawa dorg jalan2 kt Danga Bay..^^
     Walau dah tamat belajar pun, kami still luangkan masa untuk keluar bercuti sama-sama. Kadang2, Siti g KL atau dorang datang ke Johor.
    Mencari lanun kat Pantai Pasir Lanun, Mersing
    Kalau dah jalan-jalan dgn dorang ni, mmg terus tak ingat dunia lain dah! Seharian pun larat je.. mmg dasyat stamina kitorang.. ^^
    Berjalan sampai bengkak kaki kat Pavilion 






    Ehh! Dah habis??

    Belummmm... nanti Siti sambung lagi. Banyak sangat kisah kami, tak muat satu entry nih, hehe... ^^

     

    3 comments:

    eB@mamaAerish'n'Aed said...

    ssh nak dpt BFF skang nih

    jom singgah amek awards... >_<

    ijatnuar87 said...

    hehehhe...best fren is the one who u consider as a famili,hehehe

    mizi said...

    berkasih biar 1...berkwn biar beribu..he3..

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...