Photobucket Photobucket

Thursday, December 2, 2010

Saya budak Form 6..^^

Bila sebut je form 6, semua akan kata: "susahla....." Pastu takkan lari daripada statement yang form 6 tu utk pelajar2 yang lemah, ketinggalan dan gagal UPU. Hm.. takleh nak salahkan orang yang beranggapan mcm tu.. Sbb memang Siti apply form 6 pun sbb Siti gagal mohon UPU (result SPM sgt terukkk!!!). After SPM, Siti sorg je wakil dari kelas Siti yang masuk form 6. Yang lain2, masuk matrikulasi atau ade juga yang dapat sambung diploma.

Ni masa orientasi.. kene pakai 'nametag' besar, muka kene sapu dgn tepung.. pastu kene kaler lagi..
Awal-awal dulu, Siti pun ade rasa rendah diri sbb termasuk dlm kategori 'pelajar form 6'. Yela... daripada pelajar sains tulen, tercampak plak kat aliran sastera masa form 6 ni. Tapi dalam hati dah pasang azam, yang siti nak perbaiki kesilapan masa SPM.
Kat mane2 pun boleh bergambar.. ^^
Alhamdulillah.. sape kate form 6 tak best? Siti sangat seronok masa belajar dalam kelas ni. Dahla pelajar tak ramai (satu kelas tak sampai 30org pun..), cikgu pun semua best sangat...^^
Berjasa kpd sekolah dgn melukis mural..^^
Masa ni, nak buat ape2 pun dapat sokongan penuh daripada pihak sekolah dan guru2. Sebab kamilah yang paling senior yg sekolah. Apa2 program kat sekolah, kamilah yang paling banyak terlibat.. ^^
Makan, mmg tak boleh tinggal..^^
Junior2 pun semua hormat je kat kami ni.. hahaha! Rasa bangga sangat.... ^^ Tapi kami ni senior yang baik... tak penah buli adik2 tau...
Gaya selekeh, tapi tetap konfiden.. heee..^^
Gaya kami, fesyen kami, semua jadi ikutan pelajar junior. Terasa macam idola plak masa nih.. ^^
Wakil sekolah ke pertandingan forum, Siti jadi pengerusi tau.. ^^
Kalau ade pertandingan peringkat sekolah, kamilah yang akan ditawarkan dulu. Pastu barulah offer kat junior2.. ^^
Buat jualan masa hari sukan, tp air tu kami juga yg habiskan.. ^^
Yang paling best, kami tak penah susahkan pihak sekolah. Kalau nak buat ape2 program yang melibatkan dana, kami akan cari sumber kewangan sendiri dengan cara jual air, jual bunga dan bila ade majlis kat sekolah, kami akan buka booth sendiri.. Rajin kan?
Turn kami plak meng'orientasi' pelajar2 baru..^^
Persatuan Tingkatan Enam (PERTINA) adalah persatuan yang paling kaya masa kat sekolah kami dulu. Siti yang jadi bendaharinya.. heeee.. ^^
Landasan ni la laluan utama kami ke skolah..^^
Walaupun nakal, tapi kami tak pernah buat jahat sampai tahap kes juvana. Buli adik sikit2 tu adelah jugak.. heeee... ^^
Bawa makanan ke dalam kelas pun cikgu tak marah..^^
Dalam kelas pulak, didominasi oleh pelajar2 perempuan, sebab murid lelaki cuma ade 3 orang je... Dorang bertiga tu selalu kalah dengan kami... ^^
Hari last kat sekolah.. kenangan...
Time rehat, kami akan keluar same2 satu kelas, pastu duduk satu table panjang tu ramai2, takde sape berani kacau.. (kami bukan gangster k..)
Muka2 ceria selepas ambil result STPM.. ^^
So, adik2 yang gagal UPU.. janganlah sedih k.. banyak lagi pilihan lain utk belajar, contohnya form 6.. Asalkan kita berusaha, yang susah pun akan jadi senang. Jadi jangan jadikan kesusahan tu sebagai alasan utk gagal, sebaliknya jadikanlah ia sebagai motivasi utk kita berjaya, insyaAllah... ^^

3 comments:

AM SYA said...

gud2..sungguh memberi motibasi..

Siti Noraisyah said...

Am: Thanks..^^

BUNGA said...

best2.. rasa mcm nk bljr lg n masuk form 6 bila baca cerita cik ct ni.. hehehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...