Tuesday, December 28, 2010

Keje.. keje.. keje..

Hari ni menyambung lagi tugasan semalam kutip duit yuran dan buku-buku. Maklumlah... dah diserahkan tugas sebagai guru kelas sesi sekolah tahun depan, so kenelah bertugas dengan penuh dedikasi... cewah! Hee.... 

Semalam je kutip yuran + duit2 buku dah hampir RM7 ribu.. Berpinar mata tengok duit banyak2 ni.. tak masuk lagi dengan rasa gigilnya. Yela, takut pegang duit banyak2 ni... dahlah bukan duit Siti... kalau hilang ke... terkurang ke... atau bila kira balik akaun tak balance ke... haaaa.... tak ke naya.. huhuuuu..... 
Siti mengajar kat sekolah swasta, sebab tu la yuran awal tahun ni memang besar. Untuk tahun satu je, untuk seorang murid yurannya termasuk semua buku akademik dan agama yang kene dibeli dah mencecah RM700. Ini ade family tu yang anaknye 4 orang sekolah kat tempat siti. Jadi bayangkanlahhh...

Sebenarnya, ibu bapa ni cuma nak yang terbaik je untuk anak2 mereka. Tak kisahlah walau kene keluarkan kos yang tinggi pun, asalkan anak2 dapat didikan agama dan akademik yang seimbang, duit tak akan menjadi penghalang. Kagum betul Siti... walaupun ade sesetengah ibu bapa tu yang kerjanya hanyalah sebagai peniaga pasar tani... pekerja kontrak... kalau yang kerja dalam bidang professional tu, memang tak menjadi masalah, sebab mereka memang mampu.

Hm.. oklah, panjang pulak ceritanya. Nanti tak pasal2 Siti lambat.... Kul8:30 kaunter yuran dah buka.. tapi ade juga ibu bapa yang datang awal sebelum kaunter buka sebab ade komitmen lain.. huhuuu... Siti pegi dulu.. ^^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...